web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langkah Kurangkan Defisit, Kedudukan Fiskal Negara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2023 9:57AM

Anwar dijadual menjawab persoalan mengenai langkah kerajaan mengurangkan defisit kepada sasaran 3.2 peratus menjelang 2025 di Dewan Rakyat, hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menjawab persoalan mengenai langkah kerajaan untuk mengurangkan defisit kepada sasaran 3.2 peratus menjelang 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu akan dibangkitkan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT)

Pada sesi itu juga, Anwar akan turut menjawab soalan Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (PN-Kuala Terengganu) yang meminta kerajaan menyatakan kekuatan fiskal negara ekoran matawang Ringgit yang semakin melemah dan solusi bagi mengimbangi situasi itu.

Datuk Matbali Musah (GRS-Sipitang) pula meminta Perdana Menteri menyatakan usaha penambahbaikan tata kelola kerajaan dari segi perolehan, pengagihan projek, peruntukan dan seumpamanya yang mampu memberi impak secara menyeluruh agar selari dengan corak dasar MADANI dalam memerangi segala penyalahgunaan kuasa dan ketirisan.

Pada sesi jawab lisan, Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) meminta Menteri Luar  menyatakan langkah yang telah diambil oleh Wisma Putra dalam membantah perbuatan membakar kitab suci Al-Quran oleh seorang ahli politik sayap kanan Sweden di Stockholm, baru-baru ini.

Selain itu Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) pula bertanyakan mengenai usaha yang dilakukan kerajaan untuk mengekang lebih ramai menjadi mangsa sindiket pekerjaan.

Selesai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan hari kedua perbahasan dan penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat jawatankuasa, dijangka melibatkan Kementerian Luar, Kementerian Perpaduan Negara dan Kementerian Ekonomi.

Persidangan kali ini berlangsung selama 31 hari sehingga 4 April. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 3 minggu yang lalu

Kesihatan Mental Malaysia Dijangka Jejas Produktiviti Negara Hingga RM34 Bilion Menjelang 2030

2

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 6 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad