web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lanjut Waktu Operasi Klinik Kesihatan Bagus Tapi Tenaga Kerja Harus Mencukupi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 8:26PM

KKM setakat ini telah mengenalpasti 52 klinik kesihatan yang di seluruh negara yang akan terlibat dalam program lanjutan operasi. - Gambar oleh Abd Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyambut baik langkah melanjutkan waktu operasi di 52 klinik kesihatan di seluruh negara dengan syarat, Kementerian Kesihatan (KKM) harus memastikan tenaga kerja yang mencukupi di fasiliti kerajaan terlibat.

Presidennya, Dr Muruga Raj Rajathurai berkata, ia penting untuk memastikan kakitangan di fasiliti terbabit tidak terlalu terbeban.

“Melanjutkan waktu operasi mungkin penyelesaian segera dan sementara untuk mengurangkan kesesakan semasa di fasiliti kesihatan kerajaan tetapi KKM perlu memastikan tenaga kerja yang mencukupi.

“Doktor, jururawat dan kakitangan sokongan yang mencukupi akan menjadi faktor penting untuk kejayaan langkah tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Muruga Raj Rajathurai
Dr Muruga Raj Rajathurai

Menurut beliau, lanjutan waktu operasi itu mungkin boleh memberi peluang kepada doktor yang tidak lagi berkhidmat dalam sektor kesihatan awam untuk kembali berkhidmat dan memperoleh pendapatan.

“Bagi sebilangan klinik perubatan am swasta (GP) yang ditutup awal, ia juga boleh menjadi peluang untuk doktor ini berkhidmat dan memperoleh pendapatan tambahan.

''Terdapat kira-kira 4,000 klinik swasta baharu di negara ini. Beberapa klinik ini ditubuhkan dan dikendalikan oleh doktor muda yang sebelum ini merupakan doktor kontrak dalam sistem,” katanya.

Pada masa sama, Dr Muruga Raj berkata, KKM juga perlu melihat penyelesaian mampan jangka pertengahan dan panjang untuk menangani isu kesesakan di fasiliti kesihatan awam.

Jelas beliau, antara penyelesaian tersebut ialah penyumberan luar kes Zon Hijau ke klinik GP swasta di bawah Skim Perubatan Madani sebagaimana diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2023 yang lalu.

Justeru, katanya, MMA berharap akan ada kemas kini daripada KKM berhubung perkara itu tidak lama lagi.

“Kami sudah bertahun-tahun mencadangkan penglibatan GP swasta sebagai langkah perlu untuk mengukuhkan penjagaan primer di negara ini.

“GP swasta memainkan peranan penting dalam pengurusan penjagaan kesihatan rakyat dan harus dimasukkan dalam dasar penjagaan kesihatan kerajaan,” katanya.

 Dr Zaliha Mustafa
Dr Zaliha Mustafa

Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa menggalakkan klinik GP swasta serta doktor kontrak untuk bekerjasama dengan pihaknya bagi program lanjutan waktu operasi di 52 klinik kesihatan terpilih.

Beliau berkata, jalinan kerjasama itu secara tidak langsung membantu pihaknya mengurangkan beban tugas petugas kesihatan, sekali gus memberikan perkhidmatan terbaik.

"Seperti yang sudah dinyatakan sebelum ini, lanjutan operasi klinik kesihatan ini masih di peringkat audit dan ia sudah hampir selesai. Lanjutan operasi ini bukan diadakan di semua klinik, ia hanya kepada klinik yang menyediakan perkhidmatan kepada hospital dan tindakan itu dapat mengurangkan kesesakan di hospital.

"Setakat ini kita sudah kenal pasti 52 klinik kesihatan yang memerlukan lanjutan operasi. Malah KKM juga akan mengambil inisiatif bagi mengenal pasti sumber manusia bagaimana ia boleh membantu lanjutan program ini.

“Sama ada akan ada pertambahan petugas, galakkan doktor kontrak untuk bersama atau bekerjasama dengan GP ini untuk mengambil bahagian dalam program ini," katanya.

Januari lalu, ketika berucap pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 KKM, Dr Zaliha memaklumkan, operasi klinik kesihatan akan dilanjutkan bagi menangani masalah kesesakan di jabatan kecemasan hospital.

Beliau memaklumkan, semua Pengarah Kesihatan Negeri sudah diarahkan meneliti semula keperluan klinik kesihatan di bawah seliaan masing-masing, untuk beroperasi lebih masa.

Katanya, majoriti isu kesesakan dikesan berlaku di kawasan bandar, berikutan jumlah populasi yang semakin meningkat, serta kecenderungan pelanggan mendapatkan perkhidmatan di hospital dan klinik KKM. – Getaran, 13 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad