web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muhyiddin Perlu Fokus Pertuduhan Dihadapi, Kurangkan Cakap Politik - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2023 3:54PM

Muhyiddin Yassin - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu fokus kepada pertuduhan dihadapinya di mahkamah dan bukannya berpolitik sepanjang masa, kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata sebagai orang lama dalam dunia politik, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara lain yang tidak membantu menyelesaikan masalah rakyat pada ketika beliau sedang berdepan pelbagai pertuduhan.

“Janganlah berpolitik sahaja Tan Sri, nak politik lagi tunggulah PRN (Pilihan Raya Negeri), tak usahlah usaha tebuk atap ke, guna pintu belakang ke atau buat komen politik, kita kurangkan, ini pun titah Raja-Raja Melayu,” katanya.

Fahmi, yang juga Menteri Komunikasi dan Digital, berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan banjir serta mengadakan lawatan ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Kampung Sungai Tiram di sini hari ini.

Fahmi Fadhil
Fahmi Fadhil

Beliau ditanya pemberita mengenai laporan media semalam berkaitan keputusan Muhyiddin untuk tidak meletak jawatan sebagai presiden BERSATU, yang disifatkan bekas Perdana Menteri itu selaras dengan kehendak Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu 2022.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pagoh itu ketika mengumumkan peletakan jawatan Datuk Wan Saiful Wan Jan sebagai Ketua Penerangan BERSATU, dilapor berkata ia amalan standard bagi mana-mana ahli parti yang berhadapan dengan tuduhan di mahkamah untuk meletak jawatan supaya tidak menimbulkan salah pandangan terhadap Bersatu.

Hari ini, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta.

Jumaat lepas, beliau mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 50 minit yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad