web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Johor Pasang Pam Air Di Batu Pahat Atasi Banjir Termenung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 7:37PM

Onn Hafiz Ghazi berkata beliau juga telah berhubung dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri bagi meminta bantuan untuk mendapatkan pam air dari negeri lain - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kerajaan Negeri Johor telah menggerakkan usaha bagi memasang pam air di beberapa tempat di seluruh kawasan Batu Pahat bagi mengatasi masalah ‘banjir termenung’ yang melanda daerah itu.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata beliau juga telah berhubung dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri bagi meminta bantuan untuk mendapatkan pam air dari negeri lain.

“Banyak kejadian banjir termenung Batu Pahat, dan kita telah dimaklumkan bahawa dijangka air pasang dalam sehari dua, selain air sukar hendak keluar,” katanya kepada pemberita selepas Merasmikan Pelancaran MATTA Fair Johor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usaha yang dilakukan kerajaan negeri bagi mengatasi situasi banjir termenung terutama di sekitar kawasan Batu Pahat. 

Onn Hafiz berkata selain itu satu mesyuarat penyelarasan banjir, termasuk hal ehwal kebajikan mangsa dan logistik di daerah itu juga akan dilaksanakan tidak lama lagi.

Setakat 4 petang tadi, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor merekodkan seramai 44,089 orang dengan Batu Pahat mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 37,563 orang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad