web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sah, Muhyiddin Didakwa Bawah AMLA 2001 Isnin Depan - Azam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 3:43PM

Muhyiddin Yassin bakal didakwa sekali lagi Isnin depan - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengesahkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal didakwa sekali lagi Isnin depan.

Menurut beliau, pertuduhan berkenaan akan dibuat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA 2001).

“Ya, betul (beliau akan didakwa lagi) di bawah Seksyen 4(1)(b) AMLA 2001,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi di sini hari ini.

Kenyataan Azam itu sekali gus mengesahkan maklumat disampaikan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika ditemui media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini pagi tadi.

Ahmad Faizal atau lebih dikenali sebagai Peja berkata, pendakwaan dikenakan ke atas Muhyiddin ialah satu peristiwa yang amat menyedihkan.

“Jika seorang pemimpin negara boleh menerima nasib sebegini, bagaimana pula dengan rakyat biasa,” katanya.

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU hari ini mengaku tidak bersalah atas kesemua enam pertuduhan, selepas ia dibaca di hadapan Hakim Azura Alwi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau didakwa dengan dua pertuduhan menerima dana berjumlah RM195 juta, iaitu hasil daripada aktiviti haram antara 25 Februari dan 16 Julai 2021.

Kesalahan sama didakwa turut berlaku antara 8 Februari dan 8 Julai tahun lalu.

Beliau turut didakwa dengan empat pertuduhan menyalah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri dan Presiden BERSATU untuk meminta rasuah sebanyak RM200 juta di Kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya antara 8 dan 25 Februari 2021.

Dengan pendakwaan ini, ia menjadikan Muhyiddin mantan Perdana Menteri Malaysia yang kedua dihadapkan ke mahkamah, selepas Datuk Seri Najib Razak.

Semalam ketika ditemui media di luar ibu pejabat SPRM di Putrajaya, Muhyiddin sekali lagi mengulangi pendirian bahawa dirinya tidak bersalah dan menjadi mangsa pendakwaan terpilih.

Katanya, beliau bukan pihak yang mempunyai kuasa untuk meluluskan sebarang projek kerajaan kerana ia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan.

“Saya sekadar melaksanakan keputusan kabinet yang menghendaki Pejabat Perdana Menteri memanjangkan permohonan projek untuk dipertimbangkan oleh Kementerian Kewangan mengikut syarat dan peraturan yang berkuat kuasa.

“SPRM seharusnya mengetahui dari semua keterangan yang diambil bahawa tidak berlaku sebarang salah guna kuasa atau perbuatan merasuah. Amatlah malang jika wang dalam akaun BERSATU yang merupakan dana politik dianggap sebagai suapan,” katanya. - Getaran, 10 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan