web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


UMS Laksana Projek Inovasi Atasi Masalah Bekalan Air Serius Dalam Kampus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 1:13PM

UMS akan melaksanakan pelbagai projek inovasi membabitkan peruntukan RM350,000 bagi mengatasi masalah bekalan air yang serius di kampus universiti itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan melaksanakan pelbagai projek inovasi membabitkan peruntukan RM350,000 bagi mengatasi masalah bekalan air yang serius di kampus universiti itu.

Naib Canselor UMS Prof Datuk Dr Kasim Mansor berkata peruntukan itu antara lain bagi pelaksanaan projek inovasi bekalan sumber air dalaman seperti air graviti, air bawah tanah dan air hujan. 

Katanya pasukan projek itu diketuai Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UMS Profesor Dr Rosalam Sarbatly, bersama Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) UMS, serta tenaga pakar dan ahli akademik daripada Fakulti Kejuruteraan UMS.

“Usaha menjalankan proses penapisan air bersih ini juga akan dibantu oleh para penyelidik UMS yang berkemahiran dan berkepakaran dalam bidang ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau pihak pengurusan tertinggi UMS amat memandang serius isu bekalan air yang kerap dihadapi oleh warga kampus. 

“Kesannya bukan sahaja memberi impak kepada pelajar yang tinggal di kolej kediaman, tetapi juga kepada kakitangan yang berada di premis pejabat,” katanya. 

Menurut kenyataan itu kampus induk UMS Kota Kinabalu menggunakan sistem perpaipan dari punca air bukit dalam kampus bagi membekalkan sehingga 80,000 liter sehari.

Pada masa yang sama, UMS juga menggunakan perkhidmatan lori tangki untuk membekalkan 300,000 liter air dari loji rawatan air (LRA) Penampang untuk kegunaan kolej kediaman pelajar dan bangunan sekitar kampus.

Catuan sementara terpaksa dilaksanakan oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akibat ketidakmampuan LRA Telibong menampung keperluan penduduk daerah Tuaran, Sepanggar dan sekitarnya, iaitu 190 Juta Liter Sehari (MLD) berbanding hanya 164 MLD air terawat yang dihasilkan. 

JANS memaklumkan isu gangguan bekalan air terawat itu dijangka selesai pada tahun 2024. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar