web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kekalkan Lebuh Raya Bertol Demi Keselesaan Pengguna, Jimat Kewangan Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 12:36PM

Alexander Nanta Linggi berkata industri lebuh raya bertol perlu dikekalkan selaras dengan dasar untuk mempertingkatkan pembangunan dan menjana ekonomi negara. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Industri lebuh raya bertol perlu dikekalkan supaya perkhidmatan dan kemudahan lebuh raya yang selesa dapat diberikan kepada rakyat, selain menjimatkan perbelanjaan kewangan kerajaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia selaras dengan dasar untuk mempertingkatkan pembangunan dan menjana ekonomi negara.

Sebaliknya, jika pemansuhan kutipan tol dilaksanakan, ujarnya, kerajaan terpaksa menanggung bayaran pampasan tinggi kepada beberapa syarikat konsesi lebuh raya berkaitan serta kos operasi dan penyenggaraan sekiranya ia diambil alih.

 Alexander Nanta Linggi
Alexander Nanta Linggi

“Lebuh raya dibina menggunakan kaedah bina-kendali-pindah dan berdasarkan prinsip ‘user pay’.

“Justeru, kos penggunaan lebuh raya perlu ditanggung pengguna yang menggunakan lebuh raya tersebut,” katanya dalam jawapan pertanyaan lisan Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang memintanya menyatakan rancangan kerajaan untuk menggantikan sistem kutipan tol monopoli oleh Touch n Go, dengan menggunakan teknologi Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) atau sistem kutipan tol tanpa palang.

Lip Eng juga bertanya sama ada kerajaan berhasrat menghapuskan semua tol lebuh raya.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, pada masa ini, kerajaan sering melaksanakan subsidi bersasar yang terus disalurkan kepada pengguna lebuh raya, dengan penangguhan kenaikan kadar tol, pemberian diskaun tol serta tol percuma pada musim perayaan.

Langkah ini, katanya, secara tidak langsung membantu meringankan beban rakyat.

“Dalam situasi ekonomi negara sekarang, dengan mengambil kira implikasi kewangan sekiranya lebuh raya dimansuhkan, sewajarnya sebarang peruntukan yang ada digunakan untuk memacu pertumbuhan ekonomi, menjaga kebajikan dan melestarikan kehidupan rakyat.

“Bagaimanapun, kerajaan menggalakkan syarikat konsesi untuk mengemukakan cadangan penstrukturan lebuh raya bagi mengurangkan impak bayaran tol kepada pengguna,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, kerajaan dalam proses melaksanakan MLFF menjelang tahun 2025.

Menurutnya, pelaksanaan MLFF bertujuan memberikan pengalaman pemanduan (users experience) lebih baik kepada pengguna lebuh raya dan mengurangkan kesesakan di laluan itu.

“Pelaksanaan MLFF kelak akan membolehkan pengguna lebuh raya membayar tol menggunakan pelbagai platform pembayaran (open payment),” katanya. - Getaran, 10 Mac 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 13 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar