web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dakwaan Penyelewengan RM6 Bilion Fitnah - Muhyiddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 12:16PM

Muhyiddin tiba di Mahkamah Sesyen pagi tadi. - Gambar Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pertuduhan dikenakan terhadapnya ‘membabitkan dana awam’ dan dakwaan beliau menyeleweng RM6 bilion adalah fitnah secara terang-terangan.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berkata demikian pada sidang media, selepas membayar wang jaminan.

“Saya sekali lagi menafikan dakwaan bahawa wang daripada Jana Wibawa, bertujuan untuk menyelamatkan kontraktor Bumiputera, disalahgunakan saya.

“Saya juga menafikan bahawa saya menyalahgunakan kedudukan saya untuk memerintahkan pengecualian cukai untuk Yayasan Albukhary. Kelulusan untuk perkara sedemikian dilakukan sepenuhnya Kementerian Kewangan,” katanya.

Muhyiddin berkata, beliau tidak pernah melanggar undang-undang, malah berpegang kepada prinsip peribadinya.

“Ini adalah harga perlu saya bayar. Saya akan menjalani hari saya di mahkamah dan menyerahkan kepada Tuhan untuk memberikan keadilan muktamad.

“Saya tidak akan menggesa orang ramai turun ke jalanan untuk membela saya. Orang ramai sudah menghadapi masa sukar akibat kesan wabak terbabit,” katanya.

Muhyiddin hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) dan dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram RM195 juta.

Muhyiddin, 75, yang memakai sut biru gelap, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

“Saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata Muhyiddin.  

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu, jika suapan tersebut dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Selain itu, Muhyiddin juga didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) dibaca bersama seksyen 87(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Peguam Cara Negara Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Faridz Gohim Abdullah dan Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Muhyiddin diwakili peguam Datuk K Kumaraendran, Datuk Rosli Dahlan dan Datuk Takiyuddin Hassan.

Hakim Azura memerintahkan ikat jamin ditetapkan pada RM2 juta dengan dua penjamin dan pasport Muhyiddin diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai. - Getaran, 10 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

2

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

3

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 15 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad