web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir: Jumlah Mangsa Di PPS 3 Negeri Menurun Malam Tadi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2023 7:08AM

Mangsa banjir, Noor Adilla Kharrudin,33, yang dalam tempoh berpantang bersama bayinya berusia 21 hari telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah, Melaka. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Situasi banjir di Johor, Pahang dan Melaka menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa berkurangan malam tadi berbanding petang semalam. 

Di JOHOR, kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan jumlah mangsa pada 8 malam tadi menurun kepada 43,856 orang berbanding 44,780 orang pada 2 petang semalam susulan penutupan lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat, Mersing dan Tangkak.

“PPS ditutup di Segamat adalah Dewan Serbaguna Paya Pulai, Taman Suria Buloh Kasap dan Dewan Balai Raya Kampung Bukit Tunggal. Di Mersing membabitkan PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Ching manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kassan di Tangkak,” menurut JPBN. 

Menurut kenyataan itu, PPS yang dibuka pada masa ini adalah sebanyak 174 melibatkan enam daerah berbanding 179 pada 2 petang semalam.

Batu Pahat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 36,508 orang, diikuti Muar dengan 3,791 orang dan Tangkak 2,175 orang. 

Di PAHANG, aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan jumlah mangsa banjir di Rompin semakin menurun malam tadi dengan 1,804 orang ditempatkan di 12 PPS berbanding 2,122 orang di 15 PPS petang semalam. 

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan Sungai Keratong di Rompin masih melebihi paras bahaya namun dengan trend menurun.

Di MELAKA, jumlah mangsa banjir di Jasin berkurangan kepada 484 orang daripada 126 keluarga pada 8 malam tadi berbanding 523 orang daripada 141 keluarga pada 2 petang semalam.

Sekretariat JPBN Melaka dalam kenyataan semalam memaklumkan kesemua mangsa terjejas ditempatkan di lima PPS iaitu di SK Batu Gajah membabitkan 179 orang daripada 45 keluarga.

"Sebanyak 138 orang daripada 33 keluarga pula ditempatkan di SK Parit Penghulu manakala 25 orang daripada tujuh keluarga berlindung di SK Seri Mendapat.

"Di SK Sungai Rambai pula, mangsa terjejas adalah 85 orang daripada 19 keluarga sementara 57 mangsa daripada 22 keluarga pula berada di SK Parit Gantong," menurut kenyataan itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad