web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


BP3: 240 Kes Direkodkan, 460 Pesalah Ditahan - Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 10:20PM

Nik Nazmi - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 240 kes direkodkan di bawah operasi penguatkuasaan  Program Perlindungan dan Rondaan Biodiversiti (BP3) bagi tempoh 2019 hingga tahun lepas, di seluruh semenanjung.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata operasi berkenaan juga berjaya menahan seramai 460 pesalah membabitkan warganegara serta warga asing daripada Myanmar, Kemboja, Thailand, Vietnam, China, Bangladesh, Sudan, Pakistan dan Indonesia.

“Jumlah sitaan bagi kesemua kes berkenaan merekodkan lebih daripada RM112 juta selain sebanyak 1,875 jerat yang dijumpai di dalam kawasan operasi telah berjaya dimusnahkan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Renjer Komuniti di bawah BP3, di sini hari ini.

 Beliau berkata operasi BP3 yang bertujuan untuk membanteras pencerobohan, pembalakan haram serta pemburuan hidupan liar di kawasan hotspot itu disertai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara  (Perhilitan), Jabatan Perhutanan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi penguat kuasa dan badan bukan kerajaan (NGO).

Nik Nazmi berkata antara kawasan hotspot tersebut adalah kawasan Taman Negara, Hutan Rizab Hidupan Liar, taman-taman negeri, hutan simpan kekal serta tapak Ramsar. 

Terdahulu, pada majlis berkenaan seramai 120 anggota renjer komuniti baharu dilantik dalam kalangan veteran Angkatan Tentera Malaysia, veteran PDRM, masyarakat Orang Asli serta komuniti setempat. 

“Pelantikan renjer dalam kalangan komuniti ini dapat mengukuhkan lagi penguatkuasaan dan menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat terutama dalam kalangan Orang Asli, pesara tentera dan pesara polis serta komuniti setempat. 

“Usaha murni ini selari dengan dasar rukun MADANI ke arah mewujudkan Malaysia yang mampan, ihsan dan sejahtera,” kata Nik Nazmi.

 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 pada 24 Feb lepas, mengumumkan kerajaan akan menambah bilangan renjer yang mengawal kawasan hutan kepada 1,500 orang dengan mengutamakan khidmat komuniti Orang Asli, veteran tentera dan polis melibatkan peruntukan RM50 juta. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Luang Masa Lawat Pameran Era Pasca Normal Madani

2

Politik 2 tahun yang lalu

Bukan UMNO Runtuhkan Muafakat Nasional - Ahmad Zahid

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Skim Perubatan MADANI Tampung Keperluan Kesihatan - Penerima

4

Semasa 2 tahun yang lalu

92 Projek Pembangunan Baharu Di Kelantan Tahun Ini - Nik Nazmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad