Berita Terkini

4 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 4 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 4 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 4 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 4 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Banjir: Tiada Penangguhan Sesi Persekolahan 2023/2024

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 2:37PM

Beberapa penduduk setempat meredah banjir dari kediaman ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika tinjauan di Seri Medan Batu Pahat. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Tiada penangguhan sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2023/2024 yang dijadual pada 19 dan 20 Mac ini di negeri yang terjejas banjir, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Beliau berkata sekiranya kerja-kerja membaik pulih sekolah terjejas akibat banjir tidak sempat dilaksana sebelum tarikh tersebut, pelajar akan diberi pilihan menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

"Terdapat 17 sekolah terjejas teruk akibat banjir di Johor dan Segamat merupakan paling teruk iaitu 14 sekolah manakala daerah lain, tiga sekolah. Saya fikir kami sedaya upaya akan melakukan kerja membaik pulih kerosakan dengan segera dalam tempoh dua minggu ini.

"Kami tidak akan menangguhkan sesi persekolahan tetapi kami bagi pilihan (jalani) PdPR supaya proses pembelajaran tetap berlangsung," katanya kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Seri Bali, Chaah, di sini, hari ini.

Fadhlina Sidek
Fadhlina Sidek

Fadhlina berkata berdasarkan laporan yang diterima daripada pihak teknikal dan jurutera yang menilai, sekolah terjejas bukan sahaja mengalami kerosakan, malah kemusnahan aset termasuk melibatkan meja guru dan perkakas perabot.

Sesi persekolahan bagi kalendar akademik 2023/2024, akan bermula pada 19 Mac bagi negeri Kumpulan A (Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor), manakala 20 Mac bagi negeri Kumpulan B (Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).

Setakat pagi tadi, jumlah mangsa banjir di tiga negeri merekodkan seramai 53,040 orang dengan Johor mencatatkan jumlah teramai iaitu 49,410 orang.

Sementara itu, Fadhlina berkata menyedari keperitan mangsa banjir yang mengalami kerosakan barangan persekolahan termasuk pakaian, Kementerian Pendidikan akan memberi kelonggaran kepada pelajar yang terjejas datang ke sekolah dengan menggunakan pakaian biasa.

"Kami ada pertimbangan manusiawi dan keinsanan, jadi mereka boleh datang ke sekolah dengan pakaian apa sekalipun asalkan mereka tetap pergi ke sekolah dan memulakan sesi persekolahan seperti biasa," katanya.

Terdahulu, beliau turut melawat PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Chaah di sini. - Bernama

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Tidak Timbul Soal PM Tidak Dialu-Alukan Di Arab Saudi - Penganalisis

Semasa 4 jam yang lalu

Nasi Ayam Cekik Darah Antara 99 Aduan Kenaikan Harga Bazar Ramadan

oleh Aiman Sadiq

Semasa 13 jam yang lalu

Lawatan Arab Saudi: Rakyat, Pembangkang Harus Pertahan Anwar, ‘Ini Maruah Negara’

oleh Farhana Farush

Semasa 14 jam yang lalu

Ahmad Zahid Dibenar Simpan Pasport Untuk Perjalanan Rasmi - Mahkamah Rayuan

oleh Wartawan The Vibes