web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 11 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sediakan Harga Tiket Penerbangan Murah Untuk Penumpang Bekerja, Perubatan 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Mar 2023 9:52AM

Feri yang membawa lebih 500 penumpang dan kru dalam perjalanan dari Terminal Feri Penumpang Kuah, Langkawi ke Terminal Jeti Kuala Kedah terkandas apabila ia tersangkut di beting lumpur, dipercayai akibat air laut surut yang berlaku di alur pelayaran Kuala Kedah pada Oktober tahun lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Kementerian Pengangkutan digesa menimbangkan pemberian subsidi harga tiket penerbangan untuk penumpang yang perlu menaiki pesawat bagi tujuan pekerjaan, perubatan dan keperluan peribadi.

Pengarah Urusan Tropical Charters Sdn Bhd, Datuk Alexander Issac berkata, pengusaha pelancong di pulau bebas cukai itu kini berdepan masalah logistik susulan fenomena air surut yang menjejaskan operasi feri dari dua pintu masuk utama iaitu Kuala Perlis dan Kuala Kedah.

Menurut beliau, kedua-dua jeti tidak mampu beroperasi sepenuhnya kerana fenomena tersebut dan ada yang lumpuh sepenuhnya.

Jelas beliau, pihak berkuasa perlu menangani perkara ini, termasuk menimbangkan kemungkinan untuk memperkenalkan struktur tambang berbeza kepada pelancong dan penduduk tempatan.

Pengusaha pelancongan di Langkawi menggesa kerajaan menimbangkan pemberian subsidi harga tiket penerbangan untuk penumpang yang perlu menaiki pesawat bagi tujuan pekerjaan, perubatan dan keperluan peribadi. - Gambar fail
Pengusaha pelancongan di Langkawi menggesa kerajaan menimbangkan pemberian subsidi harga tiket penerbangan untuk penumpang yang perlu menaiki pesawat bagi tujuan pekerjaan, perubatan dan keperluan peribadi. - Gambar fail

“Pengusaha feri telah mengambil langkah seumpama ini dan ia patut dicontohi juga oleh syarikat penerbangan, termasuk di kawasan yang bergantung sepenuhnya dengan pengangkutan udara.

“Mereka juga boleh menawarkan pakej subsidi bersilang, atau apa sahaja yang boleh mengurangkan harga tambang khususnya untuk golongan pekerja,” katanya.

Jeti Kuala Perlis baru dibuka selepas ditutup tiga hari kerana fenomena air surut manakala kerja-kerja menambah kedalaman dasar laut masih berjalan.

“Kami menggalakkan pelancong menggunakan pengangkutan udara berbanding feri ketika air surut.

“Malangnya syarikat penerbangan tidak pernah memikirkan keperluan penumpang yang perlu terbang ke sini kerana bekerja,” katanya.

Peningkatan jumlah pelanggan juga jelas Issac, seharusnya membuatkan syarikat penerbangan menambah frekuensi penerbangan.

Katanya, Langkawi sebelum ini mencatatkan 30 penerbangan sehari berbanding 18 ketika ini.

Majoriti syarikat penerbangan juga menawarkan harga tinggi yang mengatasi kemampuan golongan berpendapatan rendah.

Ketua kepada 13 ejen pelancong, Ahmad Pishol Isahan berkata, kerajaan perpaduan harus memperkenalkan dasar perjalanan dan pelancongan berasaskan penyelesaian.

“Kita tidak boleh berterusan menghadapi masalah tiket penerbangan berharga tinggi. Syarikat penerbangan dan kerajaan perlu bersama mencari penyelesaian,” katanya.

Beliau mendakwa, harga tiket yang terlalu mahal membantutkan hasrat pelancong untuk bercuti dan untuk Langkawi, tiada pilihan pengangkutan melainkan air dan udara.

Pishol berkata, beliau kecewa dengan kenyataan dibuat Tan Sri Tony Fernandes dari AirAsia baru-baru ini yang berkata, harga tiket penerbangan akan kekal tinggi kerana ia adalah ‘harga sebenar’.

Majoriti syarikat penerbangan seluruh dunia kini menaikkan harga tiket susulan peningkatan mendadak penumpang, selepas sekatan perjalanan akibat COVID-19 dihapuskan.

Pishol berkata, ini bukan masanya untuk menambah keuntungan, sebaliknya syarikat penerbangan perlu memainkan peranan agar sektor pelancongan kembali kukuh seperti era sebelum pandemik. - The Vibes, 6 Mac 2023









 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran