web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kemalangan Babit 3 Kenderaan: Pemandu Terlelap Rupa-Rupanya Positif Dadah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 9:18AM

Kemalangan tersebut tidak melibatkan kecederaan kepada pemandu dan penunggang terlibat - Tangkapan layar video media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Siasatan awal polis berhubung kes kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan di Jalan Ipoh, Batu 5 di sini tengah hari kelmarin, berpunca daripada pemandunya terlelap.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner, Beh Eng Lai berkata, kejadian pada jam 12.30 tengah hari terbabit, menyebabkan kenderaan jenis Nissan Sentra berwarna Perak dipandu lelaki tempatan berumur 25 tahun itu, melanggar bahagian belakang lori jenis Hino.

Akibat pelanggaran tersebut, lori itu bergerak ke hadapan dan melanggar bahagian belakang motosikal di lorong sama menyebabkan penunggang motosikal terjatuh ke jalan.

“Kemalangan tersebut tidak melibatkan kecederaan kepada pemandu dan penunggang terlibat,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun anggota polis trafik yang tiba ke lokasi kejadian, melihat keadaan pemandu dan penumpang Nissan Sentra tidak sedarkan diri itu mencurigakan.

Katanya, mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur dan menjalani ujian saringan air kencing di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi.

Eng Lai berkata, hasil daripada pemeriksaan tersebut mendapati, kedua-duanya adalah positif dadah jenis Methamphetamine, Ketamin, Benzo (Erimine 5), Ampetamin dan ganja (THC).

“Kedua–duanya ditahan dan disiasat polis IPD Dang Wangi.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat, boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – Getaran, 5 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 21 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad