web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 16 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Demi Menjaga Akidah Umat Islam Di Malaysia Saya Akan Lawan - Zabidi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 7:00PM

Zabidi Mohamed - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penulis, Zabidi Mohamed menegaskan beliau tidak gentar dengan notis tuntutan yang diterima daripada penerbit, pengarah dan penulis skrip filem kontroversi, ‘Mentega Terbang’, semalam.

Berdasarkan notis tuntutan yang dikongsinya di Facebook, beliau diminta untuk memadam kenyataannya di platform media sosial itu yang mengaitkan filem tersebut sebagai mempermainkan dan mempersenda agama Islam serta membuat permohonan maaf secara terbuka.

“Demi menjaga akidah umat Islam di Malaysia saya akan lawan,” katanya.

Zabidi yang juga bekas majistret dan peguam mengajak mana-mana peguam yang mahu bersama-sama dalam menjaga kesucian Islam.

“Jika ada peguam muslim yang ingin bersama-sama saya dalam menjaga kesucian agama Islam boleh PM (mesej peribadi) saya. Kebenaran hanya dengan Islam,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai atas sokongan dan doa untuknya .

“Doa-doa kalian itu yang sangat saya harapkan. Demi Allah dan Rasul saya akan lawan.

“Sebagai seorang muslim, saya berpegang kepada tauhid ‘kebenaran itu hanya dengan Islam’,” katanya.

Terdahulu, peguam yang mewakili pasukan ‘Mentega Terbang’ sudah menghantar notis tuntutan kepada Zabidi bertarikh semalam yang antara lain memintanya untuk membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataan fitnah yang dibuat terhadap pasukan filem terbabit.

Pengarah dan penulis skripnya, Mohd Khairi Anwar Jailani dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instagram berkata, tindakan itu diambil susulan penulisan Zabidi di Facebook yang mendakwa ‘Mentega Terbang’ sebagai filem menghina, meremeh, merendah-rendahkan, memperlekeh, menodai dan mempersendakan agama Islam.

Selain Khairi, empat lagi individu yang terbabit dalam penghasilan filem Mentega Terbang iaitu Tan Meng Kheng, T Arjun, R Vishnuvarman dan Ti-Teng Hui turut menafikan sebarang dan semua bentuk dakwaan bahawa filem itu sama sekali berusaha untuk menghujat, mengkufur dan berhasrat untuk mewujudkan budaya murtad dalam kalangan orang Islam seperti didakwa Zabidi.

Notis itu turut mendakwa penulisan Zabidi adalah tidak benar, berniat jahat dan fitnah. Ia juga bertujuan untuk menjejaskan imej, reputasi dan kredibiliti mereka untuk mendatangkan kutukan dan ancaman.

Zabidi juga perlu memberi maklum balas dalam masa 48 jam dari tarikh notis itu dikeluarkan.

Sekiranya gagal, segala kos berkaitan dengan prosiding tersebut harus dibayar sepenuhnya oleh Zabidi.

Terdahulu, filem Mentega Terbang yang ditayangkan menerusi Viu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa mencabar akidah umat Islam.

Malah, hasil penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati, filem itu jelas bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, susulan itu, JAKIM akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada SKMM agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan semakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) mendapati, filem itu tiada dalam rekod penapisan pihak terbabit.

Jurucakap KDN berkata, filem itu juga didapati ditayangkan secara dalam talian (melalui platform internet).

Justeru, katanya, tayangan atau penstriman filem berkenaan adalah di luar bidang kuasa LPF.

Katanya, LPF sedang meneliti semua aspek berkaitan secara menyeluruh sebelum tindakan selanjutnya diambil berhubung filem itu.

Mentega Terbang merupakan filem Indie pertama ditayangkan di platform Viu bermula 19 Januari lalu.

Ia mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Aisyah yang mencari jawapan apa akan terjadi kepada seseorang setelah meninggal dunia.

Bagi mendapatkan jawapan tersebut, dia mengkaji beberapa agama seperti Islam, Kristian, Judaism dan Hindu.

Terdahulu, filem itu pernah ditayangkan di Festival Filem Jogja-Netpac Indonesia pada 2021 serta Festival Filem Aceh, tahun lalu. - Getaran, 4 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Rafizi Arah Pasukan Guaman Saman Wan Ahmad Fayhsal

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat...Kan Dah Kena Saman

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Saman Bapa Budak Lelaki 11 Tahun Pandu Kereta

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad