web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Taburan Hujan Selama 4 Hari Di Johor Tertinggi Sejak 1991

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 5:30PM

Datuk Dr Md Nasir Md Noh - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Taburan hujan tinggi dalam tempoh empat hari yang melanda Johor sejak 28 Februari lalu, sehingga mengakibatkan 105 lokasi ditenggelami air, disifatkan tertinggi pernah dicerap sejak tahun 1991.

Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Datuk Dr Md Nasir Md Noh berkata, bacaan hujan pada episod kali ini merupakan rekod tertinggi dicerap, berbanding dengan rekod hujan bulanan paling tinggi pernah dilakukan pada Disember 1991, iaitu 621 milimeter (mm) sebulan dan 599 mm (Disember 2006).

Menurutnya, kekerapan hujan di Johor mengakibatkan semua daerah terjejas dengan Batu Pahat mencatatkan jumlah lokasi banjir tertinggi, iaitu 24 lokasi banjir.  

“Di Johor, hujan tertinggi direkodkan di stesen Air Panas, Segamat dengan jumlah hujan sebanyak 430 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam yang memberikan kala ulangan purata 172 tahun ARI (Average Recurrence Interval).  

“Jumlah hujan diterima di stesen Air Panas dari 28 Februari hingga semalam adalah sebanyak 731 mm dalam tempoh empat hari.

“Bacaan hujan kedua tertinggi direkodkan di stesen Liang Batu, Muar, iaitu sebanyak 404 mm sehari pada 1 Mac. Jumlah hujan bagi tempoh dari 28 Februari hingga semalam adalah sebanyak 548 mm,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jumlah hujan direkodkan itu melebihi purata hujan bulanan jangka panjang bagi Mac untuk Johor, iaitu 195 mm sebulan.

“Akibat taburan hujan yang begitu tinggi, kedalaman kawasan yang terlibat dengan banjir adalah di antara satu hingga ke tiga meter,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan JPS membuat pelepasan air dari tiga empangan di Johor, Md Nasir berkata, stesen hujan di Empangan Bekok mencatatkan bacaan kumulatif sebanyak 322 mm hujan dalam tempoh 24 jam pada 28 Februari dan 1 Mac.  

Menurutnya, taburan hujan tinggi itu menyebabkan pelepasan air mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bermula 28 Februari sehingga kini.

“Stesen hujan Empangan Sembrong pula mencatatkan bacaan kumulatif hujan sebanyak 260 mm dalam tempoh 24 jam pada 28 Februari dan 1 Mac.  

“Manakala, stesen hujan Empangan Machap di Kluang mencatatkan bacaan kumulatif hujan sebanyak 395 mm pada 28 Februari dan 2 Mac,” katanya.

Jelasnya, taburan hujan yang tinggi itu menyebabkan pelepasan air terpaksa dilaksanakan di Empangan Bekok, iaitu pada 28 Februari, manakala di Empangan Sembrong dan Empangan Machap pada 1 Mac sehingga kini. - Getaran, 4 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Alami Taburan Hujan Rendah Bermula 15 Mei

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad