web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPDN Belum Terima Laporan Harga Sayur Susulan Banjir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2023 4:05PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) belum menerima sebarang laporan mengenai kenaikan harga sayur-sayuran susulan kemungkinan bekalan terjejas akibat banjir.

Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata selepas musim tengkujuh yang lepas, harga sayur-sayuran telah turun secara mendadak.

Beliau berkata bagaimanapun, pihaknya telah bersedia berdasarkan hujan luar jangka di Johor, yang berkemungkinan menjejaskan bekalan.

“Bila berlakunya tengkujuh dan berlakunya hujan lebat luar jangka ini, pastinya banyak kebun-kebun sayur-sayuran yang musnah.

“Jadi KDPN bersedia menghadapinya dan kita akan adakan perbincangan, secepat mungkin dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) untuk kita atasi isu ini,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Pekan Parit Yaani, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada menerima laporan berhubung kenaikan harga sayur-sayuran, susulan kekurangan bekalan akibat banjir.

Hujan yang berterusan sejak Isnin, telah mengakibatkan ramai pekebun kecil terjejas teruk akibat banjir yang melanda bermula Selasa.

Sementara itu, Salahuddin berkata Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan menggantikan semula Sijil Perakuan Pendaftaran Perniagaan, kepada pemilik perniagaan yang musnah akibat banjir secara percuma.

Beliau berkata peniaga yang kehilangan atau musnah sijil tersebut dalam kejadian banjir seluruh negara, boleh terus datang ke Pejabat KPDN terdekat untuk tujuan itu.

Ahli Parlimen Pulai itu berkata ia sebagai sebahagian inisiatif dan usaha kerajaan, untuk membantu mangsa banjir dalam kalangan peniaga.

Untuk bantuan kepada mangsa banjir pula, Salahuddin berkata KPDN ada memohon bantuan rakan strategik seperti Mydin, Econsave, Lazada, Shopee dan beberapa pemain industri yang lain, untuk turut sama membantu meringankan beban mangsa banjir pada kali ini.

“Alhamdulilah, pemain industri dan rakan-rakan strategik telah dengan segera menghulurkan bantuan dalam bentuk makanan, selimut, bantal, yang diperlukan di saat musim sejuk semasa banjir,” kata beliau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

RON97 Turun 20 Sen, RON95 Tanpa Subsidi Turun 15 Sen

2

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan