web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir: Kerajaan Salur Bantuan Segera RM50 Juta Kepada Johor - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 4:07PM

Pandangan udara sebahagian kawasan dinaiki air di sekitar Segamat, Johor. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan bantuan segera banjir berjumlah RM50 juta kepada negeri Johor.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan berkenaan, akan digunakan bagi membantu mangsa banjir serta keperluan-keperluan segera di negeri itu.

“RM50 juta untuk Johor, segera...untuk sungai (pengurusan) dan bantu mangsa banjir dan apa pun keperluan yang segera,” kata beliau kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini hari ini. 

Anwar berkata beliau juga akan ke Johor bagi melawat mangsa banjir di sana, dalam masa terdekat. 

“Beberapa menteri turun hari ini (di Johor) dan esok sebahagian lagi, dan saya akan atur dalam masa singkat (lawat mangsa banjir di Johor),” kata beliau.

Masuk hari kelima, jumlah mangsa di Johor terus meningkat kepada 33,149 orang yang dipindahkan ke 217 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi tadi.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan RM10 juta bantuan disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), bagi membeli barangan keperluan dan bantuan tambahan kepada penduduk terjejas banjir di negeri itu.

Dalam perkembangan lain, ditanya mengenai kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menjangkakan Kerajaan Perpaduan akan tumbang tidak lama lagi, Anwar berkata: “Tak apa lah, itu hak dia untuk merancang dan mengigau.”

Media sebelum ini melaporkan, Abdul Hadi dalam ucapannya pada sesi Dialog Ulama Negarawan: Mendepani Cabaran Globalisasi Media Masa Kini anjuran Yayasan Permata Ummah di ibu negara pada Selasa lepas, meramalkan kerajaan pimpinan Anwar akan tumbang dalam masa terdekat.

Terdahulu, sebelum menunaikan solat Jumaat, Perdana Menteri sempat meluangkan masa menikmati makan tengah hari di Medan Selera Sri Serdang di sini, diiringi Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Ahli Parlimen Puchong Yeo Bee Yin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad