web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perincikan Pelaksanaan IPR, Jangan Hanya Tawar ‘Templat’ Sebagai Janji Manis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2023 9:07AM

IPR dikatakan mampu menjana pendapatan golongan miskin tegar sehingga RM2,000 sebulan bagi setiap isi rumah, seterusnya keluar daripada kelompok kemiskinan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, harus diterjemah dan diperhalusi secara teliti bagi memberi gambaran menyeluruh, merangkumi aspek polisi, prosedur serta infrastrukturnya.

Pakar ekonomi daripada Putra Business School (PBS), Profesor Madya Dr Abu Sofian Yaacob berkata, kementerian bertanggungjawab dengan usaha itu, wajar menerangkan secara mendalam berhubung IPR, bukan sekadar mengemukakan ‘templat’.

“Orang kata, inisiatif ini niat dan cadangannya bagus, tetapi cara melaksanakannya kita tidak tahu, jadi pandangan saya ia memerlukan bukan setakat templat, malah polisi, prosedur dan infrastruktur.

“Itu dia (pihak kementerian) kena terangkan, tidak cukup dengan templat sahaja, templat pun saya tidak nampak, tidak keluar lagi,” katanya ketika dihubungi.

Dr Abu Sofian Yaacob berkata, kementerian bertanggungjawab dengan usaha itu, wajar menerangkan secara mendalam berhubung IPR, bukan sekadar mengemukakan ‘templat’ - Gambar Fail
Dr Abu Sofian Yaacob berkata, kementerian bertanggungjawab dengan usaha itu, wajar menerangkan secara mendalam berhubung IPR, bukan sekadar mengemukakan ‘templat’ - Gambar Fail

Beliau berkata, daripada aspek polisi, pihak bertanggungjawab membangun dan melaksanakan IPR perlu memberi pencerahan, termasuk golongan mana layak sebagai penerima dan bagaimana pelaksanaannya, sama ada ia akan dibuat secara ‘one off’ (sekali beri) atau berterusan.

Jelasnya, orang ramai juga perlu diterangkan mengenai aspek prosedur merangkumi persoalan sama ada ia perlu dimohon atau diberi secara automatik.

“(Perlu diterangkan) Dari segi prosedurnya macam mana, iaitu kena mohon atau diberi automatik atau maklumat mereka sudah ada sama ada dalam kumpulan asnaf dan sebagainya?,” katanya.

Mengulas mengenai aspek infrastruktur, beliau mempersoalkan bagaimana hasil usaha penerima itu akan diuruskan.

“Maknanya, jika seseorang itu menanam jagung atau ubi, apabila dituai kelak, di mana hendak dijual? Adakah ada pusat pengumpulan hasil yang mengumpulkan hasil itu?” soalnya.

Orang ramai juga perlu diterangkan mengenai aspek prosedur merangkumi persoalan sama ada ia perlu dimohon atau diberi secara automatik - Gambar Fail
Orang ramai juga perlu diterangkan mengenai aspek prosedur merangkumi persoalan sama ada ia perlu dimohon atau diberi secara automatik - Gambar Fail

Abu Sofian berkata, setakat ini, perincian berhubung perkara tersebut masih belum jelas dan tidak dapat dilihat gambarannya secara keseluruhan.

“Jangan ini sebagai satu manis sahaja, maknanya dia cakap tetapi tiada benda yang kita nampak, itu pandangan saya secara peribadi,” katanya.

Pada pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, kerajaan akan melaksanakan IPR yang menumpukan kepada pengupayaan golongan miskin untuk meningkatkan potensi pendapatan masing-masing.

Beliau berkata, sejumlah RM750 juta disediakan Kementerian Ekonomi untuk tahun ini bagi menjayakan bantuan berkenaan.

Manakala, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli ketika berucap pada Majlis Pelancaran IPR di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Cempaka, Ampang, Selangor pada Ahad lalu berkata, program diselia kementeriannya itu, mampu menjana pendapatan golongan miskin tegar sehingga RM2,000 sebulan bagi setiap isi rumah, seterusnya keluar daripada kelompok kemiskinan.

Rafizi Ramli berkata IPR turut menawarkan latihan kepada peserta, bertujuan mengatasi struktur ekonomi negara di peringkat akar umbi menerusi kegiatan penjanaan pendapatan yang bersesuaian - Gambar Fail Bernama
Rafizi Ramli berkata IPR turut menawarkan latihan kepada peserta, bertujuan mengatasi struktur ekonomi negara di peringkat akar umbi menerusi kegiatan penjanaan pendapatan yang bersesuaian - Gambar Fail Bernama

Jelasnya, tiga model diperkenalkan di bawah program IPR berkenaan, iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN).

IPR, katanya, turut menawarkan latihan kepada peserta, bertujuan mengatasi struktur ekonomi negara di peringkat akar umbi menerusi kegiatan penjanaan pendapatan yang bersesuaian.

Menurutnya, IPR juga berperanan sebagai strategi serampang dua mata, iaitu menambah pendapatan keluarga miskin tegar dan B40 (berpendapatan rendah) dan menyelesaikan struktur ekonomi.

Baru-baru ini pula, Rafizi dilapor mempertahankan IPR dengan menegaskan bantuan tunai tidak membantu golongan miskin tegar dan B40 sebelum ini.

Rafizi berkata, program kerajaan bagi mengurangkan kemiskinan sejak tiga hingga empat dekad lalu, sekadar dalam bentuk bantuan tunai.

Ia menyebabkan pemohon tidak disoal mengenai keperluan dan perancangan mereka bagi menjana atau meningkatkan pendapatan.

Dalam pada itu, penganalisis politik, Dr Azmi Hassan berpendapat, meskipun IPR dilihat inisiatif baik, hakikatnya bukan semua isi rumah daripada kumpulan B40 boleh tergolong di bawah program itu, memandangkan ia bergantung kepada kemampuan mereka untuk bekerja.

Dr Azmi Hassan berpendapat, meskipun IPR dilihat inisiatif baik, hakikatnya bukan semua isi rumah daripada kumpulan B40 boleh tergolong di bawah program itu - Gambar Fail Bernama
Dr Azmi Hassan berpendapat, meskipun IPR dilihat inisiatif baik, hakikatnya bukan semua isi rumah daripada kumpulan B40 boleh tergolong di bawah program itu - Gambar Fail Bernama

Ujarnya, terdapat juga kemungkinan individu daripada kumpulan B40 itu walaupun bekerja, tidak cukup untuk menampung bilangan ahli keluarganya yang ramai.

“Jadi dalam hal ini, tidak boleh dinyatakan secara pukul rata program wang tunai itu tidak baik berbanding IPR, kerana tidak semua isi rumah atau ketua isi rumah itu adalah sama, selain tidak boleh dibandingkan semua ketua isi rumah itu akan berjaya jika diberi ‘mata kail’ atau ‘pancing’,” katanya.

Susulan situasi itu, beliau meminta Rafizi berhati-hati ketika berbicara mengenai perkara berkenaan kerana ia boleh memberi pandangan remeh atau negatif terhadap penerima wang tunai, berbanding golongan di bawah IPR.

“Memang kita mahu seramai mungkin berada dalam program IPR, tetapi kita hendak membawa mereka keluar dari kepompongan kemiskinan ini, jadi kita harus tahu dalam hal ini, setiap individu dan ketua isi rumah adalah berlainan.

“Seperti saya kata, ada boleh bekerja dan ada inisiatif meningkatkan diri, manakala ada tidak boleh langsung kerana kekangan tertentu,” katanya.

Beliau menambah, sememangnya tidak dinafikan konsep IPR lebih baik berbanding program wang tunai.

“Secara kiasannya, IPR ini umpama memberi kail kepada seseorang, sebaliknya program pemberian wang tunai itu adalah memberi ikan,” katanya. - Getaran, 3 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

4

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 17 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad