Berita Terkini

7 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 7 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 7 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 7 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 7 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Fenomena Air Pasang Punca Mangsa Banjir di Johor Melonjak Kepada 25,213

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 12:18PM

Pasukan penyelamat membantu seorang mangsa banjir untuk dipindahkan ke PPS di Kota Tinggi. - Gambar dari Facebook NADMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Johor bertambah buruk dengan bilangan mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), melonjak kepada 25,213 orang daripada 7,013, setakat jam 8 pagi ini. 

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, kesemua mangsa tersebut dipindahkan ke 187 PPS yang dibuka di 10 daerah akibat terjejas banjir. 

Katanya, apa yang membimbangkan, jumlah mangsa meningkat kepada 9,167 penduduk daripada 2,760 keluarga yang ditempatkan di 90 PPS di enam daerah setakat jam 8 malam tadi.

“Keadaan banjir ketika ini disifatkan antara terburuk pernah dihadapi Johor dalam tempoh beberapa tahun, apabila menyebabkan kesemua 10 daerahnya terjejas.

“Hujan lebat berterusan berserta fenomena air pasang, menyebabkan keadaan banjir semakin buruk dan menjejaskan ramai penduduk,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Azmi berkata, Segamat menjadi daerah paling teruk terjejas dengan 7,272 orang dipindahkan daripada 2,050 keluarga di 55 PPS. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) itu menegaskan, Kluang pula merekodkan lonjakan bilangan mangsa seramai 5,426 orang daripada 1,559 keluarga yang ditempatkan di 39 PPS.

“Ia diikuti Batu Pahat dengan 3,236 orang banjir daripada 883 keluarga di 22 PPS, manakala Kota Tinggi dengan 2,912 orang daripada 769 keluarga di 18 PPS.

“Johor Bahru juga teruk dengan 2,096 orang daripada 607 keluarga di 12 PPS. Muar pula dengan 1,667 orang daripada 445 keluarga di 12 PPS,” katanya. 

Dalam pada itu, Azmi berkata, seramai 952 orang daripada 242 keluarga terjejas di Kulai dengan ditempatkan di enam PPS, selain Tangkak merekodkan seramai 930 orang daripada 254 keluarga di 13 PPS. 

Di Mersing, katanya, seramai 472 orang daripada 146 keluarga ditempatkan di lima PPS dan Pontian membabitkan 250 orang daripada 58 keluarga di lima PPS.

“Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) masih mengekalkan amaran hujan berterusan tahap bahaya atau merah di atas semua 10 daerah hingga hari ini. 

“Bagaimanapun, ramalan cuaca di beberapa daerah menyatakan keadaan cuaca lebih baik hari ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, 18 sungai utama, iaitu lima di Segamat; manakala Tangkak (3); Batu Pahat, Kluang dan Kulai (2) serta masing-masing satu di Muar, Kota Tinggi dan Mersing, berada pada paras bahaya pagi ini.

“Ia membabitkan Sungai Segamat Kecil yang melebihi paras bahaya, iaitu 37.71 meter, Sungai Muar di Lubuk Kepong (20.37 meter), Sungai Muar di Kampung Awat (20.94 meter), Sungai Batu Pahat di Ladang Chaah (8.81 meter) dan Sungai Batu Pahat di Kangkar Chaah (13.31 meter).

“Di Tangkak, Sungai Muar di Kampung Senduk turut melepasi tahap bahaya pada paras 1.03 meter, selain Sungak Kesang Telok Rimba (4.27 meter) dan Sungai Kesang di Kampung Seri Makmur (4.55 meter).

“Sungai Batu Pahat di Empangan Bekok di Batu Pahat juga merekodkan paras bahaya 20.65 meter, manakala Sungai Batu Pahat dengan 7.50 meter,” katanya. - Getaran, 2 Mac 2023.

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Cadangan Perkenal Semula GST Kerana… - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Murid Perempuan 9 Tahun Maut Digilis Treler Ketika Pulang Dari Sekolah

Semasa 1 hari yang lalu

Batal Pengecualian Cukai: Dakwa Muhyiddin Berniat Jahat, Guan Eng Lapor Polis

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

Agensi Agama Islam Perlu Kreatif Anjur Aktiviti Ibadah Bulan Ramadan