web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Filem 'Mentega Terbang' Jelas Bertentangan Akidah, Kehidupan Umat Islam Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 7:06AM

Mentega Terbang merupakan filem Indie pertama yang ditayangkan di platform Viu bermula 19 Januari lalu. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasil penelitian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mendapati filem 'Mentega Terbang' jelas bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia yang beraliran Mazhab Syafie.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, susulan itu JAKIM akan mengemukakan ulasan secara terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar tindakan dapat diambil berpandukan undang-undang sedia ada.

Menurut beliau, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga diminta untuk memanggil pihak terbabit dengan penerbitan filem itu untuk tindakan selanjutnya.

Dr Mohd Na’im Mokhtar
Dr Mohd Na’im Mokhtar

“Saya menerima pelbagai pandangan dan reaksi daripada masyarakat awam yang menyatakan kegusaran berhubung penayangan filem Mentega Terbang yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.

“Saya amat memahami akan sensitiviti masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam berhubung isu filem tersebut. Saya sudah mengarahkan JAKIM untuk meneliti secara keseluruhan kandungan filem tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Tegas beliau, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan apa jua kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian agama Islam.

“Lebih-lebih lagi perkara yang boleh mengundang kontroversi dan keharmonian masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, budaya dan cara hidup,” katanya.

Pada masa sama, Mohd Na’im turut menasihati penggiat seni kreatif lebih berhati-hati dalam menerbit dan menyiarkan bahan kandungan kepada masyarakat agar matlamat kerajaan menuju negara Madani akan tercapai.

“Masyarakat awam juga dinasihatkan agar lebih berhati-hati dalam memilih rancangan televisyen untuk tontonan seisi keluarga samada di platform dalam talian mahupun mana-mana saluran.

“Ini bagi memastikan mereka tidak terdedah kepada unsur-unsur yang boleh menjejaskan akidah Islamiah,” katanya.

Terdahulu, filem Mentega Terbang  yang ditayangkan menerusi platfrom penstriman Viu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa mencabar akidah umat Islam.

Mentega Terbang merupakan filem Indie pertama yang ditayangkan di platform Viu bermula 19 Januari lalu.

Ia mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Aisyah yang mencari jawapan apa yang akan terjadi kepada seseorang setelah meninggal dunia.

Bagi mendapatkan jawapan tersebut, dia mengkaji beberapa agama seperti Islam, Kristian, Judaism, dan Hindu.

Terdahulu, filem itu pernah ditayangkan di Festival Filem Jogja-Netpac Indonesia pada 2021 serta Festival Filem Aceh, tahun lalu. - Getaran, 2 Mac 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam