web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Johor Dilanda Banjir: 1,591 Mangsa Dipindahkan Ke 21 PPS Di 4 Daerah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2023 10:38AM

Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tidak sampai sebulan, Johor kembali banjir di empat daerah melibatkan pemindahan 1,591 mangsa ke 21 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 pagi ini, susulan hujan lebat yang berterusan sejak pagi semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan enam PPS masing-masing di daerah Segamat, Kluang dan Johor Bahru selain tiga PPS di Kota Tinggi, dibuka secara berperingkat mulai 10.30 malam tadi sehingga 3.20 pagi tadi.

“Seramai 209 keluarga terjejas banjir di Segamat, 162 keluarga di Kluang, 131 keluarga di Johor Bahru dan 32 keluarga di Kota Tinggi,” kata jawatankuasa itu.

Sementara itu, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan sangat lebat pada tahap bahaya dijangka berterusan sehingga esok membabitkan semua 10 daerah di negeri itu.

Selain itu, beberapa sungai di Johor telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Segamat (Segamat) yang merekodkan bacaan 38.32 meter (m); Sungai Lenik (Segamat) 13.74m; Sungai Lenik, Ladang Chaah (Segamat) 6.73m; Sungai Kahang, Kampung Contoh (Kluang) 15.49m; dan Sungai Sayong, Kampung Murni Jaya (Kulai) di paras 18.93m.

Turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Skudai, Kampung Separa (Kulai) 18.8m; Sungai Pontian Besar, Kampung Melayu Bukit Batu (Kulai) 12.01m; Sungai Pulai, Kampung Ulu Pulai (Pontian) 2.85m; Sungai Skudai, Kampung Laut (Johor Bahru) 5.6m dan Sungai Skudai, Kampung Pasir (Johor Bahru) 1.05m. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 1 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 2 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad