web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Pelawa Thailand Jadi Ahli CPOPC, Hasrat Bawa Suara Besar Ke Peringkat ASEAN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 11:26AM

Fadillah berkata suara mengenai isu halangan perdagangan yang diskriminatif akan menjadi lebih besar dan lantang sekiranya Malaysia, Indonesia dan Thailand bergabung. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia telah mempelawa Thailand untuk bersama-sama menjadi ahli Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) bagi menyuarakan isu halangan perdagangan yang diskriminatif terhadap negara pengeluar minyak sawit dan getah ke peringkat ASEAN. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata suara mengenai isu berkenaan akan menjadi lebih besar dan lantang sekiranya Malaysia, Indonesia dan Thailand bergabung. 

Fadillah Yusof - Gambar fail
Fadillah Yusof - Gambar fail

“Kita akan membuat misi bersama ke Eropah untuk berbincang dengan pemimpin dan ahli Parlimen mereka bagi menjelaskan apa yang telah kita usahakan, bukan sahaja dari sudut perniagaan dan ekonomi malah soal majoriti kebergantungan oleh pekebun-pekebun kecil. 

“Dalam sektor sawit sahaja, hampir lebih 500,000 pekerja bergantung dengan industri perladangan dan sudah pasti kalau masukkan pekebun-pekebun kecil, jumlahnya akan jadi lebih besar.

“Jadi, ini kita kena perjelaskan kepada mereka bahawa apa yang mereka laksanakan boleh menjejaskan pendapatan pekebun-pekebun kecil yang bergantung dengan hasilan mereka,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk Belanjawan 2023: Membangun Malaysia MADANI yang diterbitkan Bernama TV malam tadi. 

CPOPC akan diadakan pada Mei dan Malaysia menjadi pengerusi pada tahun ini.

Fadillah seterusnya berkata CPOPC akan memikirkan strategi bagaimana hendak menangani cabaran yang dihadapi di peringkat luar khususnya daripada Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat.

Antara cabaran atau tekanan oleh EU dan Amerika Syarikat ialah pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR) yang menggunakan alasan hasilan perladangan mestilah bebas daripada penebangan hutan dan buruh paksa. 

“Memang kita memberi komitmen untuk memastikan kemampanan kelestarian alam sekitar (dan) sebab itu kita bangunkan standard pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan Indonesia pula ada Minyak Sawit Mampan Indonesia (ISPO).

“Dari segi buruh paksa juga kita jaga. Dalam MSPO sebenarnya, kita dah ada sistem untuk mengesan dari mana sumber kita dapat minyak ini supaya daripada sini nanti kita akan penuhi apa sahaja standard yang telah ditetapkan sama ada di Eropah mahupun Amerika Syarikat.

“Tetapi masalahnya adakah ini betul-betul alasan mereka untuk menjaga alam sekitar? Itu yang menjadi persoalan kerana mungkin juga ia merupakan satu halangan (barrier) perniagaan yang diletakkan untuk melindungi kepentingan dan hasilan minyak mereka sendiri,” katanya.  

Sementara itu, bercakap kepada Bernama selepas program itu, Fadillah berkata kerajaan akan bekerjasama dengan pemain industri tanaman kenaf dalam meneroka lebih banyak potensi tanaman komoditi itu yang dilihat mampu menjana sumber pendapatan negara.

Beliau berkata ketika ini pelbagai kajian sedang giat dijalankan untuk meneroka lebih banyak potensi dan manfaat tanaman berkenaan termasuk dibangunkan sebagai bahan dalam sektor pembinaan.

“Kita kena mencari kaedah  - pertama sekali untuk menghasilkan benih yang bermutu; kedua, proses penuaian; ketiga, proses untuk mengeluarkan fiber daripada kenaf dan seterusnya adalah produk-produk hiliran serta keseluruhan rantaian daripada tanaman itu,” jelas beliau. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar