web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JHEAINS Tahan 18 Wanita Terlibat Kegiatan Ajaran Sesat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 7:05AM

Pengasas Kumpulan Zikir Asmaul Husna dan 17 pengikutnya telah ditahan menerusi satu serbuan di sebuah rumah di Johol, Kuala Pilah semalam. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menahan 18 wanita kerana disyaki terlibat dengan kegiatan ajaran sesat Kumpulan Zikir Asmaul Husna menerusi serbuan di sebuah rumah di Johol, Kuala Pilah semalam. 

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah berkata kesemua mereka yang berumur antara 20 hingga 60 tahun ditahan ketika sedang mendengar kuliah yang disampaikan pengasasnya ketika serbuan pada pukul 9.30 pagi.

Beliau berkata dalam serbuan itu beberapa dokumen dan peralatan yang dipercayai digunakan kumpulan berkenaan turut dirampas untuk tujuan siasatan termasuk buku digunakan untuk ajaran itu.

“Pengikut ajaran ini kebanyakan terdiri daripada suri rumah dan ada yang tinggal di negeri ini dan luar negeri selain dipercayai direkrut melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram. Kita percaya masih ramai lagi pengikut kumpulan ini dan ia masih disiasat.

Ajaran itu pernah difatwakan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan pengasasnya telah dipanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta membuat perisyhtiharan taubat pada Februari 2021,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Bagaimanapun, beliau berkata berdasarkan pemantauan, JHEAINS mendapati ajaran itu masih diteruskan oleh pengikutnya di rumah pengasasnya di Johol selain bergerak dalam kumpulan kecil.

“Kita percaya ajaran ini mempunyai banyak pengikut di seluruh negara, dan didapati mereka juga cuba mengembangkan ajaran ini ke Indonesia berdasarkan penemuan dokumen memorandum persefahaman dengan institusi pendidikan atau pesantren (sekolah pondok) di sana,” katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 dan Seksyen 53 Enakmen yang sama. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad