Berita Terkini

7 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 7 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 7 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 7 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 7 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Akta 360 Bakal Dipinda, Bantu Individu Muflis Lepas Status Bankrap

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2023 7:01AM

Azalina Othman Said - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) bakal dipinda dengan beberapa penambahbaikan, termasuk ke atas peruntukan pelepasan secara automatik.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, penambahbaikan itu membolehkan individu muflis dilepaskan daripada status berkenaan dalam tempoh yang singkat.

Menurut beliau, ia selaras dengan dasar kerajaan seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Jumaat lalu, untuk memberi peluang kedua kepada rakyat yang telah disytiharkan bankrap (muflis).

“Sementara menunggu pindaan tersebut, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk membantu rakyat yang bankrap dengan jumlah hutang berskala kecil, dilepaskan daripada kebankrapan bermula 1 Mac ini.

“Pelepasan bankrap akan dilaksanakan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) melalui pengeluaran Sijil Pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi di bawah Seksyen 33A Akta 360,” katanya, menerusi satu kenyataan lewat malam tadi.

Jelas Azalina, Ketua Pengarah Insolvensi bagi maksud tersebut akan memberi pertimbangan kepada beberapa kategori kes kebankrapan.

“Ini termasuk pengisytiharan kebankrapan yang telah melepasi tempoh lima tahun dari tarikh Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman / Perintah Kebankrapan, manakala jumlah hutang yang diperakukan atau baki hutang yang terlibat pula tidak melebihi RM50,000.00,” katanya.

Azalina memberitahu, individu terbabit juga perlu bebas daripada sebarang perintah dan prosiding mahkamah atau prosiding siasatan di bawah Akta 360 yang boleh menghalang pelepasan diberi melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi.

“Individu bankrap yang berada dalam kategori di atas boleh membuat permohonan pelepasan kepada cawangan Mdl yang mentadbir kes kebankrapannya.

“Mereka boleh hadir atau menghantar surat atau tau emel kepada cawangan yang terlibat untuk menyemak status kes kebankrapan masing-masing,” katanya.

Maklumat lanjut berkenaan permohonan pelepasan ini juga katanya, boleh diperoleh di laman web rasmi Mdl. 

“Individu bankrap adalah digalakkan untuk mengakses set soalan lazim berhubung dengan Pelepasan Melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi Di Bawah Seksyen 33A Akta 360 Bagi Kategori Bankrap Dengan Huang Berskala Kecil di laman web rasmi Mdl www.mdi.gov.my untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan,” katanya. - Getaran, 28 Februari 2023



 

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

6 Fasiliti Terjejas Teruk Banjir Akan Dibaik Pulih Dalam Tempoh 6 Bulan - Dr Zaliha

Semasa 7 jam yang lalu

Aplikasi KitaJaga Bantu Rakyat Semak Harga Barang, Beli Secara Bijak - Rafizi

oleh Farhana Farush

Sukan 21 jam yang lalu

Skuad Harimau Muda Julang Piala Merlion 2023

Semasa 12 jam yang lalu

Penguatkuasa Kasari Warga Emas, 9 Saksi Dipanggil

oleh Aiman Sadiq