web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Majlis Serah Tugas KPN, Kelibat Hamzah Tidak Kelihatan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2021 2:21PM

Ismail Mohamed menyaksikan penyerahan dokumen tugas Ketua Polis Negara daripada Abdul Hamid (kiri) kepada Acryl Sani (kanan) di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, hari ini. - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR- Kelibat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, tidak kelihatan pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Negara (KPN) antara Tan Sri Abdul Hamid Bador dengan penggantinya Datuk Seri Acryl Sani Abdullah yang berlangsung hari ini.

Ketidakhadiran Hamzah meskipun dijemput, digantikan timbalannya, Datuk Seri Ismail Mohamed Said. 

Dalam ucapannya, Hamid menyeru anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan tugas mereka dengan penuh integriti dan yakin dengan kemampuan Acryl Sani untuk mengetuai PDRM.

Keyakinan Hamid terhadap Acryl Sani itu bagaimanapun bercanggah dengan reaksi awal beliau ketika Hamzah mengumumkan penggantinya dalam satu sidang media Jumaat lepas, yang menyaksikan menteri berkenaan mengkritik campur tangan politik dalam hal ehwal PDRM.

“Menteri dengan saya tidak sehaluan dalam cara pemikiran,” kata Hamid yang berpendapat, ahli politik tidak seharusnya dilantik mempengerusikan Suruhanjaya Pasukan Polis kerana ia akan membawa masuk elemen terbabit dalam suruhanjaya itu.

Tempoh perkhidmatan Acryl Sani sebagai KPN yang baru adalah sehingga 3 Oktober.

Acryl Sani yang lahir pada 3 Oktober, 1961 di Petaling Jaya, Selangor, memulakan kerjaya di PDRM sebagai Asisten Superitendan (ASP) pada 2 Februari, 1986.

Beliau dilantik sebagai Timbalan KPN pada 14 Ogos tahun lepas, dan merupakan graduan Sarjana Sains Pentadbiran serta Sarjana Muda Kejuruteraan Sivil dari Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sepanjang kariernya dalam pasukan, Acryl Sani pernah mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Jabatan Logistik dan Teknologi, selain Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman. – Getaran, 3 Mei, 2021.

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad