web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Disambung Sehingga 3 Mac

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 5:00PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan dijangka berterusan sehingga 3 Mac depan.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kemas kini terbaharu berkata, terdapat tiga kategori amaran dikeluarkan membabitkan ketiga-tiga peringkat iaitu merah, jingga dan kuning.

“Amaran angin kencang dan laut bergelora berkategori merah dikeluarkan di perairan Condore, utara bunguran dan barat Reef North dengan pergerakan angin melebihi 60 kilometer sejam (kmsj) serta ombak melebihi 4.5 meter.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut jurucakap itu lagi, angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di perairan Samui, Tioman, selatan Bunguran, timur Reef North, Reef South, Layang-Layang, Labuan dan barat Palawan.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri,” katanya.

Mengulas lanjut, jurucakap jabatan tersebut juga mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kateogri pertama dengan kelajuan angin mencapai 50 kmsj dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter di kawasan perairan timur Palawan dan Sulu.

Pada masa sama, MET Malaysia turut meramalkan kenaikan paras air laut di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur sehingga esok.

Menurutnya, keadaan tersebut berisiko membawa kepada limpahan air laut di pesisir pantai negeri yang terbabit.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan monsun dijangka berlaku sehingga awal Mac ini. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan berterusan di barat dan tengah Sarawak serta Semenanjung.

“Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan membabitkan beberapa negeri berkuat kuasa sehingga 1 Mac ini,” katanya. - Getaran, 27 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam