web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perangi Islamofobia: Ummah Bertanggungjawab Bela, Tampilkan Imej Positif Agama - Zambry  

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 11:58AM

Zambry Abdul Kadir - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menjadi tanggungjawab kolektif ummah untuk membela Islam dan menampilkan imej agama itu secara positif bagi menonjolkan keindahan serta nilainya yang sebenar, sekali gus mengelakkan Islamophobia.

Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, justeru, bagi memenuhi tanggungjawab itu dan atas pemahaman bahawa Islamophobia berakar umbi daripada maklumat salah, ummah mesti terus menggalakkan informasi serta merayakan kepelbagaian.

Katanya, ummah juga harus mencabar jenayah kebencian dan mengambil langkah untuk memastikan hak serta maruah semua orang dihormati.

“Umat Islam juga mesti mula mendidik orang ramai tentang hakikat Islam sebenar bagi memastikan mereka tidak terkeliru dengan isu lain, seperti keganasan atau ekstremisme agama yang ditentang tegas agama tersebut.

“Malaysia bersedia memperkukuhkan kerjasama dua hala dan serantau bersama Indonesia dan Brunei, selain dalam forum pelbagai hala, hal yang mempunyai kepentingan besar untuk umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Antarabangsa bertajuk ‘Islam dan Islamofobia: Ke Arah Libat Urus Bermakna Menerusi Pendekatan MADANI’ di sini, hari ini.

Antara peserta yang hadir pada Persidangan Antarabangsa bertajuk ‘Islam dan Islamofobia: Ke Arah Libat Urus Bermakna Menerusi Pendekatan MADANI’ di sini, hari ini.
Antara peserta yang hadir pada Persidangan Antarabangsa bertajuk ‘Islam dan Islamofobia: Ke Arah Libat Urus Bermakna Menerusi Pendekatan MADANI’ di sini, hari ini.

Malah, beliau melahirkan kebimbangan apabila dunia Islam dilihat tidak menunjukkan maklum balas kuat dan bersatu untuk memerangi Islamofobia ketika ini.

“Sesungguhnya ‘kesunyian’ (tiada maklum balas) yang meresap dalam diri kita adalah satu trend membimbangkan. Bersama-sama, dunia Islam mempunyai sejumlah besar sumber boleh digunakan (untuk usaha ini).  

“Bagaimanapun, terdapat kekurangan strategi holistik bagi menggerakkan sumber ini untuk mencipta perubahan,” katanya.

Mengulas lanjut, Zambry menegaskan, adalah penting untuk negara Islam di seluruh dunia menyedari bahawa terdapat banyak peranan perlu dilakukan masing-masing bagi memerangi Islamofobia.

Pada masa sama, beliau berkata, umat Islam tidak boleh dihalang oleh ketidakberdayaan dalam menghadapi diskriminasi sistemik Islam oleh Barat.   

Jelasnya, perlu ada usaha global kolektif untuk menyatukan negara, organisasi antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan cendekiawan Islam serta ummah.

“Antara langkah konkrit diambil sesetengah negara untuk memerangi Islamofobia, ialah meluluskan perundangan yang menghukum ucapan kebencian dan diskriminasi terhadap Islam.

“Bagaimanapun, usaha tidak boleh terhad kepada skop tersebut sahaja, sebaliknya harus diganding bersama pendidikan dan kerjasama berterusan,” katanya. - Getaran, 27 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Mahasiswa, Tenaga Pengajar, Pentadbir Fokus Zambry Pacu Pendidikan Tinggi

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Jenaka Chia Tidak Gambarkan Pendirian Singapura, Kami Mohon Maaf - Pesuruhjaya Tinggi

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kejayaan Malaysia Dalam Kes Tuntutan Sulu Bukti Kebenaran Dibawa Negara

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kehebatan Erdogan Mampu Kukuhkan Perpaduan Rakyat Turkiye - Zambry

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 6 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad