Berita Terkini

2 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 3 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 3 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 3 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 3 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Pelajar Caci Kertas SPM: Semakan Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 Perlu Dilaksana

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2023 7:00AM

Tangkap layar video media sosial menunjukkan dua orang pelajar mengeluarkan cacian kerana tidak puas hati dengan kertas Sejarah SPM.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyemak semula Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana terdapat beberapa definisi di dalam akta berkenaan yang dilihat terlalu luas dan samar-samar.

Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata, istilah subjektif yang digunakan ketika ini seperti perkataan ‘menyinggung’ dan ‘mengganggu’ terdedah kepada penyalahgunaan.

Dalam kes penahanan dua pelajar sekolah, menurut beliau, remaja yang terlibat dalam video itu sepatutnya diberikan didikan dan bimbingan yang sewajarnya oleh pelbagai pihak.

“Mereka perlu dididik, berbanding dianggap sebagai penjenayah yang disiasat di bawah undang-undang bersifat kuno.

“Kerana itu, Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia perlu disemak semula,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penahanan dua remaja lelaki bagi membantu siasatan video tular membabitkan pelajar sekolah menengah yang tidak berpuas hati dengan kertas soalan Sejarah pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kelmarin.

Dr Kelvin Yii Lee Wuen
Dr Kelvin Yii Lee Wuen

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, dua remaja berusia 18 tahun itu ditahan selepas pihaknya menerima laporan daripada guru wanita berusia 53 tahun, jam 10.53 pagi, Khamis lalu.

Bertindak atas maklumat, jelas beliau, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor melakukan serbuan di rumah suspek dan menahan dua remaja lelaki tempatan.

Mengulas lanjut, Dr Lee Wuen berkata, kesejahteraan pelajar perlu diberi perhatian agar mental mereka tidak terganggu kerana ia bertentangan dengan semangat mendidik dan membentuk pelajar muda.

Beliau  yang juga Ketua Jawatankuasa Eksekutif Pemuda DAP (DAPSY) menegaskan, walaupun hak kebebasan mempunyai had, namun ia perlu bersifat munasabah.

“Jika tidak, ia bakal memberi kesan terhadap pengguna tersebut. Penyiasatan terhadap kedua-dua remaja terbabit perlu digugurkan.

“Mereka perlu diberi bimbingan dan sokongan yang diperlukan demi menjaga kesejahteraan mental mereka,” katanya.

Video memaparkan seorang individu mengeluarkan kata-kata kesat selepas didakwa tidak berpuas hati dengan soalan dalam subjek Sejarah SPM tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Pelajar tersebut turut didapati mengeluarkan kata-kata menghina sebuah negara dalam video tersebut. - Getaran, 27 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Lelaki Serang Imam Ketika Solat Subuh Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Jabatan Imigresen Tahan 61 Warga Asing Dalam Serbuan Kampung Haram

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Muhyiddin Ditahan, Bakal Hadapi Beberapa Pertuduhan Esok - SPRM

4

Semasa 3 minggu yang lalu

KKD Terbuka Dengar Cadangan Pinda Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Janji Palsu Scammer Terbongkar, 3 Termasuk Wanita Asing Dicekup

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Banjir: 5,925 Tan Metrik Sisa Sampah Dikutip Di Johor Sehingga Kini

Semasa 5 jam yang lalu

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

oleh Farhana Farush

Sukan 1 hari yang lalu

Hasrat Yew Sin-Ee Yi Ke Final Terbuka Switzerland Tidak Kesampaian