Berita Terkini

18 minit yang lalu: Rumah mampu milik Johor boleh dijual selepas 10 tahun - Exco 19 minit yang lalu: Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) rancang pasang sistem VAR di Stadium Nasional Bukit Jalil 39 minit yang lalu: Kesemua 267 infrastruktur komunikasi terjejas banjir di Johor pulih 41 minit yang lalu: PN tolak permohonan Pejuang untuk sertai gabungan itu - Hamzah 1 jam yang lalu: Dewan Rakyat lulus tubuh 10 Jawatankuasa Pilihan Khas

IKUTI KAMI


KPM Peruntuk RM900 Juta Tangani Masalah 380 Sekolah Daif

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 5:44PM

Fadhlina Sidek (kanan) meninjau masalah bangunan tidak selamat dan ancaman banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kinarut, Papar, Sabah, hari ini. - Gambar dari Twitter @FadhlinaSiddiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selepas menerima peruntukan terbesar pada Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, Kementerian Pendidikan (KPM) sudah menyusun strategi untuk meningkatkan kemudahan institusi di bawah seliaannya, termasuk menangani masalah sekolah daif menerusi kos RM900 juta.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM akan melihat semula senarai sekolah daif di Sabah dan Sarawak daripada 380 sekolah daif yang dikenalpasti untuk dinaiktaraf menerusi dana itu, berikutan kebanyakan masalah terbabit melingkari sekolah di kedua-dua negeri berkenaan.

“Secara keseluruhan kita ada RM900 juta untuk semua (380) sekolah (disenaraikan), bukan Sabah dan Sarawak saja.

“Tapi kita akan tengok balik (keperluan) Sabah dan Sarawak. Sabah adalah antara yang terbanyak (sekolah daif),” katanya ketika ditemui selepas meninjau masalah bangunan tidak selamat dan ancaman banjir di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Kinarut, Papar, Sabah.

Pada Belanjawan 2023, KPM menerima dana tertinggi, iaitu sebanyak RM55.2 bilion, berbanding RM52.6 bilion pada 2022.

Anwar berkata, daripada peruntukan itu, sejumlah RM2.3 bilion disediakan untuk memastikan infrastruktur dan kemudahan pembelajaran terbaik dapat disediakan di semua sekolah.

Katanya, ia meliputi naik taraf bangunan dan infrastruktur di 380 sekolah daif, khususnya di Sabah dan Sarawak melalui kaedah perolehan khas untuk kesegeraan.

Peruntukan itu, ujarnya, turut melibatkan kerja menyelenggara kemudahan semua jenis sekolah seperti pembaikan tandas, pendawaian dan saliran sekolah, selain menggantikan perabot serta peralatan asrama dan kelas yang sudah uzur.

Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen Jumaat lalu. - Gambar dari Jabatan Penerangan
Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 di Parlimen Jumaat lalu. - Gambar dari Jabatan Penerangan

Perdana Menteri berkata, sekolah yang mempunyai murid berkeperluan khas pula, akan dilengkapkan dengan kemudahan mesra orang kelainan upaya (OKU), selain dewan terbuka bagi menyediakan keselesaan untuk anak-anak berhimpun.

Selain itu, Fadhlina berkata, sejak 2016 hingga kini, sebanyak 980 sekolah daif disenaraikan di seluruh negara, dengan 380 akan menerima belanjawan pada tahun ini.

Jelasnya, di Sabah, Ranau merekodkan paling banyak sekolah daif, iaitu 44 sekolah, manakala lapan sekolah daif dikenal pasti di Papar, dengan kebanyakan bangunan terbabit berada pada skala enam dan tujuh yang bermaksud tidak selamat diduduki.

“Dalam kes bangunan tidak selamat diduduki ini, tindakan kita ialah memindahkan murid ke bangunan disediakan. Bangunan daif itu akan diselenggara tetapi bagi yang berada pada skala enam dan tujuh, bangunannya perlu diganti.

“Ia berbeza dengan bangunan usang kerana ada yang usang tapi tidak daif dan masih boleh digunakan, manakala daif bermakna murid perlu dikeluarkan dari bangunan itu,” katanya.

Pada 12 Februari lalu. Getaran melaporkan kenyataan Fadhlina bahawa keperluan membaik pulih sekolah daif di seluruh negara akan dilaksanakan secara adil dan saksama, menerusi projek pembangunan diumumkan kerajaan.

Tegasnya, KPM mempunyai data dan maklumat terperinci berkaitan sekolah daif, selain perancangan untuk menyelesaikan isu tersebut yang menjadi antara aspirasi di bawah tujuh teras kementerian itu.

Fadhlina berkata, pembangunan sekolah daif di seluruh negara akan dilaksanakan secara berfasa dan fasa yang paling penting adalah selepas Bajet 2023 dibentangkan – Getaran, 26 Februari 2023

Sorotan

1

Naik Van Sekolah 5 Hari Untuk Mac, Bayaran Tetap Penuh Hingga RM1,000?

2

Pembatalan Lesen Senjata Api, Mengapa Atlet Menembak Turut Terbabit?

3

Pemimpin Baharu 3 Sayap UMNO Perlu Berdedikasi, Jalankan Amanah Seikhlas Hati - Presiden

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

60 Syarikat Gergasi, Multinasional Diminta Tampung Pembiayaan TVET - Anwar

Semasa 1 hari yang lalu

Penggunaan Kanabis Dalam Perubatan Perlu Kajian Mendalam - PM

Semasa 1 hari yang lalu

PM Sedih Menyaksikan Pantomin Tragedi Berdarah Lahad Datu

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Capai Persefahaman Pelaburan Gas Hidrogen Ke Indonesia