web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Agihan Kerusi Dijangka Diumum Hujung Mac - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 3:18PM

Fahmi Fadzil ketika berucap merasmikan Konvensyen Pemantapan Penerangan PKR Selangor, di sini hari ini. - Gambar dari Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia dijangka mengumumkan hasil rundingan pembahagian kerusi antara parti dalam gabungan itu bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN), sebelum hujung Mac ini.

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata ia mungkin diumumkan lebih awal kerana rundingan secara tidak rasmi mengenai pembahagian kerusi di enam negeri yang bakal mengadakan PRN, iaitu Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan, sudah berlangsung agak lama.

“Proses (rundingan) itu sedang berjalan dan saya rasa ia akan dimuktamadkan (secara rasmi) melalui Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia yang terbentuk beberapa bulan lepas.

"…namun, tidak semestinya semua negeri diumumkan secara serentak, mungkin ada sesetengah negeri akan diumum terlebih dahulu," kata Menteri Komunikasi dan Digital itu kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pemantapan Penerangan PKR Selangor, di sini hari ini.

Pada 22 Februari lepas, menteri besar dan ketua menteri dari enam negeri tersebut mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dalam dua minggu terakhir Jun bagi memberi laluan kepada PRN.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilapor berkata kesepakatan itu dicapai ketika sesi minum petang di Kuala Lumpur sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-261 baru-baru ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam