Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


‘Hakim Bukan Berada Atas Undang-Undang, Mereka Tiada Imuniti Soal Jenayah’

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 7:00AM

Kesalahan dilakukan itu perlu disiasat pihak berkuasa, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tiada mana-mana individu berada di atas undang-undang atau lebih berkuasa daripada perundangan negara, termasuk hakim.

Justeru, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, apabila seseorang hakim melakukan jenayah, ia bukanlah soal etika kerja yang boleh dibawa ke tribunal sesama hakim.

Katanya, kesalahan dilakukan itu perlu disiasat pihak berkuasa, seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Hakim yang disyaki melakukan jenayah tidak terkecuali dari prosedur siasatan, (seperti) dikenakan ke atas orang lain.

“Mereka tidak ada imuniti atau keistimewaan dalam perkara jenayah. Tiada orang yang berada di atas undang-undang, ini termasuklah hakim.

“Saya pernah tulis panjang lebar berkenaan hal ini dulu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Semalam, Ketua Hakim Negara, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel tujuh Hakim Mahkamah Persekutuan, mengeluarkan penghakiman bahawa siasatan SPRM terhadap mantan Hakim Mahkamah Tinggi yang kini memegang tanggungjawab sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dibuat mengikut protokal.

Panel berkenaan juga berpandangan pihak pendakwa raya mempunyai kuasa memulakan prosiding jenayah terhadap hakim mahkamah atasan.

Bagaimanapun, mereka berpendirian, siasatan itu mesti dilakukan mengikut protokol tertentu bagi memelihara kebebasan badan kehakiman, antaranya badan siasatan mesti terlebih dahulu berunding dengan Ketua Hakim Negara sebelum memulakan siasatan terhadap hakim berkenaan.

Selain itu, badan siasatan tidak boleh menghebahkan fakta siasatan tanpa kebenaran ketua hakim negara.

Pendakwaraya juga mesti berunding dengan Ketua Hakim Negara ketika siasatan, termasuk dalam keputusannya untuk melakukan pendakwaan.

Keputusan itu mencetuskan reaksi tidak setuju serta persoalan beberapa pihak, termasuk Pengerusi Biro Politik dan Kepimpinan Majlis Perundingan Melayu (MPM), Shahbudin Embun, memandangkan ia bertentangan dengan siasatan pernah dilakukan SPRM atau sebelum ini dikenali sebagai Badan Pencegahan Rasuah (BPR) yang pernah menyiasat beberapa hakim kanan, tanpa pernah disebut perlu untuk memaklumkan kepada Ketua Hakim Negara atau forum kehakiman.

Isham berkata, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Hakim Tengku Maimum bahawa siasatan SPRM ke atas hakim boleh dilakukan, tetapi perlu beradab dan harus berunding atau meminta kebenarannya dahulu.

Isham Jalil - Gambar oleh Azim Rahman
Isham Jalil - Gambar oleh Azim Rahman

“Maafkan saya jika tersinggung, tetapi saya tidak setuju dengan apa yang Ketua Hakim (Negara), Tengku Maimun kata ini.

“Sebab jika hakim itu penjenayah, tidak perlu adab untuk menangkapnya, hanya perlu ikut prosedur seperti yang dikenakan ke atas orang lain.

“Untuk kita tangkap pencuri, kita tidak perlu beri salam tidak kiralah jika pencuri itu seorang hakim,” katanya.

Beliau berkata, Ketua Hakim Negara tidak boleh memaksa cabang eksekutif untuk berunding atau meminta kebenaran beliau untuk penguatkuasa undang-undang menyiasat seseorang hakim yang disyaki melakukan jenayah.

Menurutnya, ‘protokol’ seperti itu tidak ada dalam Perlembagaan atau mana-mana undang-undang, apabila ia membabitkan jenayah hakim dan bukan isu etika.

Jelasnya, di negara lain, termasuk di England dan Amerika Syarikat, jika hakim melakukan jenayah, pihak berkuasa boleh menyiasat, menahan dan mendakwa hakim terbabit, tanpa meminta kebenaran atau berunding dengan Ketua Hakim Negara.

“Jika pihak berkuasa perlu minta kebenaran atau berunding dengan Ketua Hakim (Negara) untuk menyiasat dan mendakwa hakim yang melakukan jenayah, ini tidak kena dengan prinsip pengasingan kuasa dan semak imbang antara eksekutif, kehakiman serta Parlimen.

“Contohnya, tidak masuk akal untuk pihak polis atau SPRM meminta kebenaran Ketua Hakim sebelum menangkap, menyiasat dan mendakwa hakim yang membunuh atau mengambil rasuah,” katanya.

Mengulas lanjut, Isham berkata, di samping untuk mengelakkan bias rakan sekerja, tugas hakim dan Ketua Hakim Negara adalah untuk menghakimi kes, bukan menyiasat, menangkap serta mendakwa.

“Itu bukan tugas hakim, itu tugas penguatkuasa undang-undang, seperti polis dan SPRM. Oleh sebab itu penguatkuasa tidak perlu minta kebenaran hakim untuk siasat suspek yang mana tugas ini bukanlah di bawah bidang kuasa hakim.

“Jika tidak dan sekiranya penguatkuasa perlu minta kebenaran atau berunding dengan Ketua Hakim (Negara) bagi menyiasat seseorang waima hakim lain seperti di atas, maka kuasa untuk menyiasat, mendakwa serta menghakim, semuanya akan terletak di tangan badan kehakiman dan dengan ini tiadalah semak imbang,” katanya.

Selain itu, Isham berkata, permintaan supaya pihak berkuasa berunding dengan Ketua Hakim Negara sebelum menyiasat hakim, sama seperti jika Speaker Dewan Rakyat meminta pihak berkuasa berunding dengannya, sebelum menangkap Ahli Parlimen atau berunding dengan Perdana Menteri sebelum menangkap menteri. Ini tidak masuk akal.

“Saya gesa Ketua Hakim (Negara) supaya tidak membuat penghakiman yang dilihat menegak benang yang basah. Ini bukan soal perundangan, ini soal dasar awam dan logik akal.

“Rakyat memerhati dan jika badan kehakiman dilihat bias, ini tidak baik ke atas keyakinan orang ramai terhadap sistem keadilan negara sebab jika rakyat hilang kepercayaan kepada sistem kehakiman, maka undang-undang akan sukar ditegakkan,” katanya. – Getaran, 26 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 hari yang lalu

Bekas Menteri Pengangkutan Singapura Hadapi 8 Lagi Pertuduhan Baharu

2

Semasa 1 minggu yang lalu

AGC Belum Buat Keputusan Berhubung Representasi Inspektor Sheila Untuk Batal Pertuduhan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Kepada 5 Hakim

4

Semasa 1 bulan yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Agong Gemar Utus Kad Raya, Lebih Unik Dan Sangat Klasik

Semasa 5 jam yang lalu

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

Semasa 1 hari yang lalu

 Anwar Ucap Takziah Kepada Keluarga 'Aunty Bersih'