web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kamil Othman Dilantik Pengerusi Baharu FINAS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 2:24PM

Fahmi Fadzil (kiri) menyampaikan surat pelantikan kepada Kamil Othman sebagai Pengerusi FINAS. - Gambar dari Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mengumumkan Datuk Kamil Othman dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang baharu.

Fahmi mengumumkan pelantikan itu menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Kamil menggantikan Senator Datuk Seri Zurainah Musa yang tamat tempoh perkhidmatannya pada Disember lepas. 

Menerusi perkongsian itu, Fahmi menyifatkan Kamil seorang figura yang tidak asing lagi dalam industri kerana pernah menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS.

“Tahniah buat Datuk Kamil Othman atas lantikan sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang baharu.

“Minggu hadapan saya atur pertemuan untuk bincang beberapa perkara termasuk hala tuju FINAS serta meneliti dapatan dan teguran laporan Ketua Audit Negara untuk penambahbaikan dan pembetulan,” katanya.

Fahmi turut memaklumkan pelantikan Pengerusi Skim Wajib Tayang FINAS akan dibuat secepat mungkin.

Kamil sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai Penasihat Industri Kreatif Kementerian Komunikasi dan Multimedia dari Januari 2017 hingga Ogos 2018 dan pengarah FINAS dari 2014 hingga 2016. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Luar Negara 3 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad