web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mahkamah Persekutuan Putuskan Siasatan Terhadap Nazlan Tidak Ikut Protokol

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 2:09PM

Mohd Nazlan Mohd Ghazali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Panel tujuh anggota Mahkamah Persekutuan hari memutuskan bahawa siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dilakukan tanpa mengambil kira aspek berkaitan kebebasan kehakiman, dan tidak mengikut protokol.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel itu berkata cara penyiasatan dijalankan ke atas Mohd Nazlan dengan menghebahkannya melalui kenyataan akhbar, kelihatan tidak menjaga keyakinan terhadap kebebasan badan kehakiman.

Beliau berkata siasatan terhadap Nazlan yang dilakukan tanpa rundingan dengan badan kehakiman juga menimbulkan keraguan sama ada siasatan terhadapnya dilakukan secara bona fide ​​(dengan niat baik).

Tun Tengku Maimun Tuan Mat - Gambar fail
Tun Tengku Maimun Tuan Mat - Gambar fail


"Badan Siasatan Jenayah tidak boleh dengan sendirinya menghebahkan atau mengiklankan fakta penyiasatan atau kandungan penyiasatan hakim mahkamah atasan tanpa kebenaran Ketua Hakim Negara. Keseluruhan kandungan mesti dirahsiakan pada setiap masa,” katanya.

Tengku Maimun berkata demikian dalam keputusan sebulat suara mahkamah untuk menjawab dua persoalan undang-undang berkaitan kuasa badan penyiasat jenayah menyiasat hakim kanan yang sedang berkhidmat yang dibangkitkan oleh tiga peguam, yang terdiri daripada Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, Nur Ain Mustapa dan Sreekant Pillai.

Peguam itu mengemukakan saman pada 6 Mei tahun lepas terhadap ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki, SPRM dan Kerajaan Persekutuan selepas SPRM membuka kertas siasatan terhadap Mohd Nazlan berikutan laporan yang dibuat mengenai jumlah tidak dapat dijelaskan lebih RM1 juta dalam akaun bank Mohd Nazlan).

Peguam itu berhujah bahawa badan penyiasat jenayah dan pihak pendakwaan hanya boleh memulakan siasatan ke atas hakim yang sedang berkhidmat selepas hakim itu digantung tugas oleh Yang di-Pertuan Agong atau telah disingkirkan oleh tribunal.

Mohd Nazlan kemudiannya membuat laporan polis terhadap sebuah portal dalam talian yang mendakwa beliau disiasat berhubung kekayaan yang tidak dapat dijelaskan dalam akaunnya.

Mohd Nazlan adalah hakim perbicaraan yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan denda RM210 juta atas tujuh pertuduhan berkaitan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd pada 28 Julai 2020.

Hakim-hakim lain dalam panel Mahkamah Persekutuan itu terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri  Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal dan Datuk Rhodzariah Bujang. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar