web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tiada Istilah ‘My Man’ Dalam PDRM - Ketua Polis Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2023 1:40PM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada istilah ‘my man’ atau ‘orang saya’ dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Beliau berkata amalan sedemikian (kewujudan istilah ‘my man’ atau ‘orang saya’) tidak patut dijadikan budaya dalam PDRM sebaliknya semua pegawai dan anggota polis dilayan sama rata.

“Ia satu budaya yang tidak elok. Saya minta kepada semua Ketua-ketua Polis Daerah, Ketua-ketua jabatan dan anggota polis tidak ada status ‘my man’ atau ‘orang saya’. Saya minta mereka tergolong dalam kepimpinan Datuk (Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan).

“Tidak ada isu anak emas, anak gangsa, itu orang IGP, orang OCPD (Ketua Polis Daerah) kerana semua pegawai dan anggota polis adalah orang saya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Selangor dan Pengerusi Perkep Selangor di Maktab Polis Diraja Malaysia Cheras, di sini hari ini.

Datuk Hussein Omar Khan dilantik Ketua Polis Selangor yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Acryl Sani berkata pelantikan Hussein merupakan satu langkah ke hadapan untuk mendepani tugas kepolisan masa depan yang mencabar.

Beliau berkata Hussein merupakan seorang pegawai kanan polis berpengalaman luas dan berjaya mengendali beberapa kes baru-baru ini.

“Saya percaya bahawa polis kontinjen Selangor berada di tangan yang berwibawa dan berkebolehan.

Sementara itu, Hussein berkata beliau akan menjalankan amanah sebagai Ketua Polis Selangor yang baharu dengan sebaiknya.

“Saya bersyukur ke hadrat Ilahi, ia merupakan satu rezeki yang dikurniakan kepada saya dan berterima kasih kepada IGP (Ketua Polis Negara) atas kepercayaan yang diberi.

“Maka hari ini, bermula tugas saya sebagai Ketua Polis Selangor dan insya-Allah saya lakukan yang terbaik untuk kontinjen Selangor,” katanya.

Hussein sebelum ini pernah menyandang jawatan Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Sah, Menantu Bekas PM Yang Diburu SPRM Ada Di Luar Negara - KPN

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Pegawai Petronas Terima Ugutan, Polis Perketat Kawalan Di Fasiliti LNG Bintulu

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Rakyat Malaysia Ditahan Di Teluk Guantanamo Selamat Tiba Di Tanah Air - KPN

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Perselisihan Dipercayai Punca Nur Farah Kartini Dibunuh

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 20 jam yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad