web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gelagat ‘Cikgu’ Fadhlina Cetus Gamat, ‘Saya Panggil, Angkat Tangan Ya…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 8:09PM

Fadhlina Sidek - Gambar Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Karakter persis seorang ‘cikgu’ ditunjukkan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja hari ini, mencetuskan gamat seketika di Dewan Rakyat.

Fadhlina secara berseloroh meminta Ahli Parlimen yang disebutkan namanya, iaitu merujuk kepada soalan dibangkitkan, supaya mengangkat tangan ketika dipanggil.

“Ahli berhormat… Jelebu ada? Tidak ada. Sik da? Baik…ahli yang berhormat, yang saya panggil, angkat tangan ya, supaya saya boleh catatkan kehadiran.

“(Supaya) Senang saya nampak siapa yang hadir supaya boleh saya jawab soalan,” katanya dalam nada berseloroh.

Gelagat bersahaja itu berjaya mencuit hati Ahli Parlimen lain dengan seorang daripada mereka melaungkan ‘macam cikgulah’.

Dalam pada itu, semasa ucapan penggulungannya, Fadhlina memaklumkan KPM akan mengeluarkan pekeliling memansuhkan aktiviti yang menambahkan beban tugas guru sebelum sesi persekolahan 2023/2024 bermula.

Beliau turut memberi jaminan bahawa pemansuhan itu akan dilaksanakan seperti diumumkannya sebelum ini.

“Memang daripada segi tindakan, KPM akan mengeluarkan surat pekeliling ikhtisas berkaitan pemansuhan pertandingan atau sambutan yang tidak memberikan impak terhadap pembelajaran murid sebelum sesi 2023/2024 bermula.

“Jadi, jangan risau saya beri jaminan kepada Yang Berhormat semua untuk sampaikan kepada guru, KPD masing-masing bahawa surat pekeliling ikhtisas ini akan disampaikan dengan segera,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Wan Saiful Wan Jan (Tasek Gelugor – PN) ketika sesi penggulungan perbahasan Titah Diraja oleh kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut beliau, pekeliling itu akan mengandungi arahan terperinci mengenai pemansuhan tersebut.

Pada 18 Februari lalu, Fadhlina memaklumkan bermula sesi persekolahan 2023/2024, pihaknya akan memansuhkan sebarang bentuk pertandingan, sambutan atau majlis di semua peringkat kerana perkara itu hanya menambahkan beban tugas guru.

Fadlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal memberi contoh, antara pertandingan yang tidak memberi manfaat kepada murid termasuklah keceriaan pusat sumber, tandas tercantik, Bilik Operasi Sistem Pengurusan Buku Teks (SPBT) terbaik dan seumpamanya.

Katanya, keputusan itu adalah antara tujuh langkah segera diambil, dalam teras kelima KPM yang memfokuskan kepada isu kebajikan, termasuk tekanan dihadapi guru, hasil daripada laporan awal diterima. – Getaran. 23 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

3

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi 

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Sudah Dimuktamad, Kebajikan Belia Antara Fokus Utama - Fuziah 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 6 jam yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

oleh Sophia Ahmad