web statsweb stats

Berita Terkini

11 minit yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 minit yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KDN Sasar Proses 10,000 Permohonan Taraf Kewarganegaraan Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 9:00AM

Saifuddin Nasution Ismail - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyasarkan untuk memproses sekurang-kurangnya 10,000 permohonan taraf kewarganegaraan pada tahun ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sejak beliau berkhidmat di KDN pada Disember tahun lepas, sebanyak 4,294 permohonan telah diproses dan daripada jumlah itu, hampir 67 peratus diluluskan manakala bakinya ditolak. 

“Saya kongsikan statistik sejak 2013 hingga 21 Feb 2023, terdapat sebanyak 132,272 permohonan yang diterima untuk menjadi warganegara Malaysia.

“Sekarang saya dah buat keputusan terhadap 4,300 dan bakinya tak banyak lagi, dan saya yakin sebelum hujung tahun saya boleh mencapai sehingga 10,000 permohonan,” katanya ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi KDN di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata antara sebab permohonan ditolak ialah pemohon tidak mendaftarkan perkahwinan semasa memohon kewarganegaraan untuk anak, pemohon tidak mempunyai bukti berada dalam negara ketika memohon, pemohon tidak mempunyai locus standi serta terdapat unsur keraguan dan pencanggahan fakta semasa semakan dibuat.

Justeru, Saifuddin Nasution berkata beliau akan mengadakan satu taklimat khas kepada Ahli Parlimen bagi menjelaskan isu berkaitan permohonan taraf kewarganegaraan termasuk tatacara permohonan dan senario yang perlu diambil perhatian. 
Beliau juga berharap pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan anak yang lahir di luar negara oleh wanita Malaysia yang berkahwin dengan warga asing mendapat kerakyatan negara ini akan mendapat sokongan Ahli Parlimen untuk diluluskan.

“Ini langkah yang kita ambil bersifat manusiawi. Hubungan ibu dan anak. Dulu undang-undang dibuat 1950-an belum terbayang waktu itu wanita kita akan berkahwin, bertemu jodoh di seluruh dunia.

“Sekarang 2023, takkan undang-undang itu statik dan beku di situ. Sebab itu, kita angkat untuk kita lakukan pindaan dan sasaran kita, mesti 148 (sokongan dua pertiga Ahli Parlimen) dan ini merentasi parti politik,” katanya.

Sebelum ini, Saifuddin Nasution memaklumkan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2023 berkaitan kewarganegaraan dijangka dibentangkan dalam persidangan Parlimen kali ini setelah memenuhi kehendak undang-undang. 

Dalam pada itu, beliau berkata rangka penggubalan Rang Undang-Undang Penyalahgunaan Dadah dan Bahan (Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan) bagi menggantikan Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 sudah siap serta dalam proses akhir membabitkan penilaian Pejabat Peguam Negara.

Katanya RUU baharu itu akan meningkatkan akses bagi mendapatkan rawatan dan pemulihan merangkumi aspek perundangan yang lebih komprehensif. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Jalur Gemilang: Sin Chew Daily Diberi Surat Tunjuk Sebab, Siasatan Serta Merta

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Tiada Lanjutan Tempoh Bawa Masuk Pekerja Asing Selepas 31 Mei - Saifuddin

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pindaan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Akan Diselesaikan Secepat Mungkin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad