web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tidak Pernah Arah Keluar Wang RM1 Juta Dari Akaun Armada - Syed Saddiq 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 7:21PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini beliau tidak pernah mengarahkan Rafiq Hakim Razali dan Ahmad Redzuan Mohamed Shafi membuat pengeluaran wang RM1 juta daripada akaun Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pusat.

Bekas Ketua Armada itu berkata beliau tidak pernah berbincang dengan Rafiq Hakim, ketika itu Penolong Bendahari Armada Bersatu dan Ahmad Redzuan, ketika itu Penolong Setiausaha Armada, secara berasingan dengan pimpinan G5 Armada yang lain dan mengarahkan mereka membuat pengeluaran wang RM1 juta itu.

“Dakwaan Rafiq Hakim (saksi pendakwaan ke-13) dan Ahmad Redzuan (SP11) suatu pembohongan semata-mata,” katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada hari pertama prosiding membela diri bagi empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dihadapinya.

Syed Saddiq, 30, berkata pada awal Mac 2020, pimpinan G5 membuat perbincangan untuk mengeluarkan wang bagi persiapan menghadapi wabak COVID-19, Ramadan dan persiapan Hari Raya Aidilfitri 2020 dan atas sebab itu, pimpinan G5 mengarahkan Rafiq Hakim berbincang dengan Exco Armada bagi mendapatkan jumlah dirasakan perlu bagi tujuan bantuan berkenaan.

Menurut beliau, perbincangan itu diadakan bersama Ulya, Aizad, Rafiq Hakim dan Ahmad Redzuan pada setiap masa dan tidak pernah melibatkan perbincangan spesifik berkenaan jumlah RM1 juta.

 “Perbincangan itu diadakan di ruang tamu rumah saya dan ia ruang terbuka, maka adalah mustahil untuk saya adakan perbincangan peribadi dengan Rafiq Hakim dan Ahmad Redzuan tanpa didengar atau dilihat oleh Ulya serta Aizad.

Saya tidak pernah menyatakan wang atau dana terkumpul dalam akaun CIMB Bank Armada merupakan hasil daripada titik peluh saya sepanjang menjadi Ketua Armada,” katanya, dan menambah wang atau dana terkumpul itu adalah milik semua ahli Armada bagi kegunaan Armada.

Pada 28 Oktober tahun lepas, Syed Saddiq diperintahkan membela diri atas empat pertuduhan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Anak kelahiran Johor Bahru itu didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini, pada 6 Mac 2020.

Presiden MUDA itu juga didakwa menyalah guna RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 dan 21 April 2018.

Dia juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, dipercayai merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam