web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pihak Cuba Alih Perhatian Sebenarnya Wan Saiful, Rakan… Bertaubatlah!  - Isham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2023 7:02AM

Isham Jalil (kiri) dan Wan Saiful Wan Jan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - UMNO menempelak dakwaan Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Wan Saiful Wan Jan kononnya pertuduhan melibatkan Jana Wibawa terhadap beliau hanyalah taktik ‘mengalih perhatian’ susulan kegagalan kerajaan perpaduan.

Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil berkata, pihak yang cuba mengalih perhatian dan menyalahkan orang lain sebenarnya adalah Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu sendiri dan juga rakan-rakannya. 

“Wan Saiful, kerajaan ini baru sahaja ditubuh tiga bulan lepas. Tapi kes tuduhan kamu sakau duit itu berlaku sudah lama, semasa Perikatan Nasional (PN) dalam kerajaan terdahulu. Sekarang kamu kena jawab dan bertanggungjawab. 

“Sudahlah kerajaan 17 bulan kamu dulu digelar rakyat sebagai kerajaan gagal. Kini rakyat dapat tahu bahawa ada tuduhan yang kamu dan rakan-rakan sakau duit berbilion pula semasa jadi kerajaan,” katanya dalam hantaran di Facebook. 

Pada masa sama, Isham turut memuat naik tangkap layar laporan berita tempatan bertajuk ‘Pertuduhan Jana Wibawa taktik ‘alih perhatian’ kegagalan kerajaan - Wan Saiful’. 

Menurut beliau, retorik politik tidak akan menyelamatkan Wan Saiful kali ini. 

“Siapa yang ambil rasuah perlu jawab di mahkamah dunia dan di hadapan Allah SWT di akhirat kelak. Bertaubatlah,” katanya. 

Semalam, Wan Saiful dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM6.9 juta membabitkan projek Jana Wibawa bernilai RM232 juta tahun lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, juga didakwa di mahkamah sama atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM500,000 berkaitan Jana Wibawa.

Bagaimanapun, Wan Saiful, 48, dan Adam Radlan, 42, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya masing-masing di hadapan Hakim, Azura Alwi dan Suzana Hussain. - Getaran, 22 Februari 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 48 minit yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 59 minit yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam