web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perkhidmatan Bas Perantara Percuma Ke Parlimen Bermula Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2023 12:15PM

Loke menaiki bas RapidKL ke bangunan Parlimen secara percuma di Balai Pelepasan Express Rail Link Kuala Lumpur Sentral hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan bas pengantara percuma dari KL Sentral ke bangunan Parlimen disediakan bermula hari ini bagi mengatasi isu kekurangan tempat letak kereta dan kesesakan lalu lintas pada setiap hari ketika persidangan berlangsung.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata perkhidmatan bas yang terbuka kepada semua termasuk Ahli Parlimen, dan pegawai bertugas serta pengamal media itu bermula pada 8 pagi hingga tamat persidangan setiap hari dengan kekerapan perjalanan 30 minit pada waktu puncak dan setiap sejam di waktu lain.

“Tujuan kita (sediakan perkhidmatan ini) ialah memastikan ada satu mod pengangkutan awam yang sampai terus ke Parlimen.

“Perjalanan lebih kurang 5 kilometer ini juga akan berhenti di Taman Botani kerana di situ ada tempat letak kereta dan petugas boleh Park and Ride,” katanya kepada pemberita di perkarangan bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menaiki bas berkenaan dari KL Sentral ke bangunan Parlimen.

Loke berkata kesesakan berlaku kerana hampir 2,000 kenderaan memasuki kompleks Parlimen setiap hari, tetapi hanya kira-kira 500 tempat letak kereta disediakan.

“Dengan bas ini, petugas juga dapat menjimatkan masa kerana bas akan berhenti di pos keselamatan untuk mereka mengambil pas. Bas ini tidak perlu beratur (di laluan pelawat) untuk masuk ke Parlimen,” katanya.

Menurutnya, dua bas disewa setiap hari dengan kos sewa RM800 sebuah dan ditanggung sepenuhnya Kementerian Pengangkutan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 12 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad