web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Budak 6 Tahun Jatuh Longkang Ditemui Lemas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 9:18PM

Anggota Bomba menjalankan operasi bagi mengesan seorang budak lelaki yang terjatuh ke dalam longkang berhampiran jalan besar Taman Pinggiran Pelangi, Rawang, petang tadi. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RAWANG - Seorang budak enam tahun yang terjatuh ke dalam longkang berhampiran jalan besar Taman Pinggiran Pelangi dekat sini, ditemui lemas pada jarak satu kilometer dari lokasi asal.

Jasad kanak-kanak lelaki tersebut ditemui tersangkut di pokok tumbang berhampiran Lebuhraya PLUS kira-kira jam 7.45 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya terdahulu menerima laporan berhubung kejadian pada jam 6.19 petang tadi.

Katanya, sepasukan 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang tiba di lokasi pada jam 6.23 petang untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam longkang berkenaan yang terletak berhampiran kawasan perumahan di situ, sebelum dihanyutkan arus deras.

“Sebelum kejadian, mangsa dikatakan bermain di kawasan itu bersama seorang rakan dan adiknya selepas hujan reda,” katanya.  - Getaran, 19 Februari 2023


 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad