Berita Terkini

3 jam yang lalu: 11,000 ketua isi rumah di Selangor bakal terima manfaat Bakul Rahmah 3 jam yang lalu: Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC 3 jam yang lalu: Dapatan kajian semakan Akta Pengemis selesai September ini - Nancy Shukri 3 jam yang lalu: JPN, SPRM tumpas sindiket seludup pendatang tanpa izin Filipina melalui jalan udara 8 jam yang lalu: Australia: Acara Earth Hour dibatalkan susulan amaran ribut petir

IKUTI KAMI


Usah Jadi Jaguh Jual Pakej Umrah Murah, Patuhi Harga Lantai Ditetapkan – SAFTTA

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 9:02PM

Peningkatan harga bilik hotel adalah disebabkan permintaan tinggi dari jemaah seluruh dunia yang kini ramai mengerjakan umrah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua agensi pelancongan (TA) berlesen digesa agar mematuhi harga lantai pakej umrah ekonomi dan VIP yang ditetapkan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) dalam keputusan sebulat suara, kelmarin.

Presiden Persatuan Solidariti Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Malaysia (SAFTTA), Dr Fathir Badri berkata, TA terbabit juga tidak seharusnya cuba menjadi jaguh dengan menjual pakej umrah pada harga rendah dan kemudiannya meminta jemaah membuat bayaran tambahan apabila tempoh penerbangan semakin hampir.

Malah katanya, jemaah turut diingatkan supaya tidak hanya melihat pada harga rendah sahaja tetapi perlu memastikan TA tersebut mempunyai lesen dan menawarkan harga wajar dengan keadaan semasa.

Dr Fathir Badri
Dr Fathir Badri

“SAFTTA menyambut baik dan menyokong kenyataan PAPUH berkaitan pengesyoran harga lantai pakej ekonomi umrah bermula daripada RM7,800 manakala bagi pakej VIP bermula RM14,000 bagi setiap jemaah.

“Ini memandangkan kos pengendalian jemaah umrah seperti harga hotel serta pengangkutan di Makkah dan Madinah melambung tinggi, menyebabkan pengendali berlesen tidak dapat bertahan dengan harga sebelum ini,” katanya dalam kenyataan kepada Getaran, hari ini.

Terdahulu, PAPUH menetapkan harga lantai pakej umrah ekonomi bermula pada RM7,800 manakala pakej umrah premium atau VIP dari harga RM14,000.

Presidennya, Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, ahli PAPUH mencapai kata sepakat mengenainya susulan kenaikan harga tiket penerbangan dan hotel penginapan di Madinah dan Mekah.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam satu perjumpaan bersama ahli Papuh di Hotel Grand Barakah (GBH), Ampang, di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, beliau berharap agar bakal jemaah umrah memahami faktor yang membawa kepada kenaikan harga pakej.

Mengulas lanjut, Fathir berkata, penetapan harga tersebut amat wajar kerana kenaikan semasa menyebabkan pengendali umrah berlesen tidak dapat bertahan dengan harga ditetapkan sebelum ini.

Katanya, kenaikan harga itu juga telah dipersetujui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dalam satu perbincangan yang diadakan baru-baru ini.

“Bayangkan jika harga hotel lima bintang sebelum ini antara RM700 hingga RM1,000, kini harganya antara RM1,600 hingga RM2,000 bagi setiap bilik semalam.

“Peningkatan harga ini adalah disebabkan permintaan tinggi dari jemaah seluruh dunia yang kini ramai mengerjakan umrah. Harga ini kita tidak dapat kawal kerana di luar bidang kuasa kita di Malaysia,” katanya.

Jemaah turut diingatkan supaya memastikan TA tersebut mempunyai lesen dan menawarkan harga wajar dengan keadaan semasa. - Gambar fail
Jemaah turut diingatkan supaya memastikan TA tersebut mempunyai lesen dan menawarkan harga wajar dengan keadaan semasa. - Gambar fail

Menurut beliau, kenaikan harga tiket penerbangan mungkin boleh dikawal jika semua syarikat agensi pelancongan (TA) dapat membelinya secara terus daripada syarikat penerbangan.

“Pastinya harga akan lebih kompetitif. Namun yang menjadi masalah sekarang adalah kebanyakan TA terpaksa membeli tiket daripada TA bermodal besar yang memonopoli tiket dari syarikat penerbangan.

“Sebagai contoh, pihak penerbangan AMAL by Malaysia Airlines melantik 10 TA untuk berurusan dengan mereka. AMAL menawarkan harga rendah kepada mereka dan 10 TA ini kemudiannya menjual semula tiket tersebut kepada TA lain dengan harga lebih tinggi,” katanya.

Susulan itu, Fathir mempersoalkan rasional di sebalik tindakan Malaysia Airlines menubuhkan AMAL sekiranya urusan menjual tiket diberikan kepada 10 syarikat terbabit sahaja.

“Adakah pegawai di AMAL ingin menjalankan kerja mudah untuk mencapai KPI mereka tanpa mengira keuntungan yang Malaysia Airlines boleh perolehi jika mereka membuka jualan tiket terus kepada semua TA berlesen. Perkara ini perlu dipandang serius oleh Malaysia Airlines.

“Oleh itu, SAFTTA bersetuju dengan langkah diambil PAPUH dalam mengadakan perbincangan dengan Saudia Airlines, Air Asia dana Air Arabia yang bersetuju membuka tempahan tiket penerbangan terus dengan TA berlesen,” katanya.

Jelas beliau, usaha itu sekali gus akan dapat mengawal harga tiket penerbangan daripada pihak tertentu yang cuba memanipulasi harga dengan menjadi kartel tiket.

“Selepas ini, pihak berwajib mungkin boleh menetapkan TA yang membeli tiket penerbangan secara pukal hanya boleh menjualnya semula kepada TA lain tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah tiket dibeli atau perlu dipulangkan semula kepada pihak penerbangan dalam tempoh waktu tertentu.

“Langkah ini juga bagi memastikan tidak ada pihak yang mengambil kesempatan di dalam isu tiket dan sekali gus menstabilkan harga di pasaran,” katanya. – Getaran, 19 Februari 2023

Sorotan

1

Hapus Monopoli PUSPAKOM Buka Ruang Tambah Baik Perkhidmatan

2

KKM Teruskan Ops Kebersihan Di Bazar, Pastikan Keselamatan Makanan Diambil Berat

3

Pelbagai Tokoh Sertai MARA Demi Pastikan Integriti, Tadbir Urus Dapat Ditambah Baik

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

KPDN Terengganu Gerakkan 116 Penguat Kuasa Op Pantau 2023

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Terbuka Adakan Perbincangan Semula Pembinaan Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman

Semasa 17 jam yang lalu

DBKL Siasat Ejen Jual Tapak Bazar, Persatuan Cadang PBT Jual Terus Ke Peniaga

oleh Sofian Baharom

Sukan 17 jam yang lalu

Terbuka Switzerland: Zii Jia Mara Ke Separuh Akhir