web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gempa Bumi: PM Terkesan Keprihatinan Rakyat Malaysia Hulurkan Bantuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Feb 2023 4:41PM

Misi penghantaran bantuan kemanusiaan pertama Malaysia ke Syria sejak negara itu dan Turkiye dilanda gempa bumi 6 Februari lalu, berlepas kira-kira 10.15 malam semalam dari Pangkalan Udara TUDM Subang. - Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau amat terkesan dengan keprihatinan rakyat Malaysia terhadap nasib mangsa gempa bumi di Syria dan Turkiye, yang menyaksikan sebanyak 42 tan lagi barangan bantuan kemanusiaan dihantar semalam.

Menurutnya bantuan ke Damsyik, Syria yang dihantar menerusi dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu merupakan hasil kerjasama kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.

“Saya mendoakan Misi Bantuan Kemanusiaan Ke Syria oleh pasukan sukarelawan Malaysia ini dipermudahkan, InsyaAllah,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Bantuan ke Damsyik, Syria yang dihantar menerusi dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu merupakan hasil kerjasama kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.
Bantuan ke Damsyik, Syria yang dihantar menerusi dua pesawat A400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu merupakan hasil kerjasama kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.

Misi penghantaran bantuan kemanusiaan pertama Malaysia ke Syria sejak negara itu dan juga Turkiye dilanda gempa bumi 6 Februari lalu, berlepas kira-kira 10.15 malam semalam dari Pangkalan Udara TUDM Subang, melibatkan 51 kru termasuk wakil kementerian serta NGO.

Angka korban akibat gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria  itu setakat semalam dilapor telah melepasi jumlah 45,000 mangsa.

Sementara itu, menurut Perdana Menteri dalam sesi temu bual bersama Jabatan Radio dan Televisyen Turkiye (TRT) di Ankara ketika lawatannya ke negara itu Rabu lepas, Malaysia telah menghantar sebanyak tiga pasukan untuk misi bantuan kemanusiaan ke negara itu setakat ini..

“Terdapat (ramai) ...yang menzahirkan rasa sedih dan simpati di seluruh negara, sangat mengagumkan.

“Walaupun baru mengumpulkan dana, dalam beberapa hari, bagi sebuah negara kecil, negara yang agak membangun untuk memperoleh 10 juta dolar serta-merta, saya fikir ini adalah sesuatu yang luar biasa, yang bermaksud Turkiye mempunyai tempat yang istimewa bagi kami,” katanya dipetik sebagai berkata dalam wawancara itu.

Video temu bual itu turut dikongsi di akaun Facebook rasmi Anwar. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar