web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akta Komunikasi Dan Multimedia Diteliti Semula, Mahu Wujudkan Keseimbangan - Fahmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 4:01PM

Fahmi Fadzil berucap merasmikan Program Saya Digital@Lembah Pantai anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), di sini, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Digital sedang meneliti semula Akta Komunikasi dan Multimedia bagi mewujudkan keseimbangan antara akta, seksyen dan keperluan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan.

Mengesahkan perkara itu, menterinya, Fahmi Fadzil berkata, kementerian sememangnya sedang meneliti beberapa perkara berhubung akta tersebut namun ia masih terlalu awal untuk diumumkan.

Menurutnya, ia masih dalam pertimbangan kerajaan.

“Kita sedang meneliti Akta Komunikasi dan Multimedia, memang ada beberapa perkara (diteliti) tapi masih terlalu awal untuk saya sebut, apakah seksyen-seksyen yang sedang diteliti. Masih dalam proses pertimbangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Saya Digital@Lembah Pantai anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), hari ini.

Fahmi Fadzil pada Program Saya Digital@Lembah Pantai anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), hari ini.
Fahmi Fadzil pada Program Saya Digital@Lembah Pantai anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), hari ini.

Jelas Fahmi, kerajaan tidak campur tangan dalam proses siasatan yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa, namun peruntukan undang-undang yang relevan diperlukan agar pihak berkaitan dapat melakukan tugas dengan baik.

“Tapi secara lebih khusus belum lagi boleh saya jawab kerana ada beberapa perkara yang sedang diteliti. Mungkin dalam masa terdekat kita akan buat pengumuman,” katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menggesa kerajaan melaksanakan pindaan terhadap undang-undang membabitkan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 yang disifatkan terdedah kepada penyalahgunaan.

Menurutnya, rakyat seharusnya dibenarkan untuk meluahkan rungutan atau kritikan secara atas talian tanpa bimbang dikenakan tindakan. - Getaran, 18 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar