web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Anwar Bincang Isu Sekatan Minyak Sawit Dengan Presiden Jerman

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 7:39PM

Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Frank-Walter Steinmeier di Perdana Putra, di Putrajaya, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Sekatan yang berat sebelah terhadap minyak sawit Malaysia oleh Kesatuan Eropah (EU) adalah antara topik yang dibincangkan dalam pertemuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Jerman, Frank-Walter Steinmeier hari ini.

Bercakap pada sidang media bersama selepas lawatan Steinmeier ke Perdana Putra, pemimpin Malaysia itu berkata, negara pengeluar minyak sawit menghadapi kesukaran untuk mengeksport produk berkenaan ke Eropah, berikutan dakwaan penebangan hutan untuk penanaman kelapa sawit.

“Seperti yang diketahui, kita menghadapi beberapa kesukaran dalam siri perbincangan dengan EU, disebabkan sekatan yang dikenakan ke atas kami.

“Demi keadilan kepada rantau ini, saya menjelaskan bahawa kita telah mengambil semua langkah perlu, penanaman semula hutan termasuk kawasan tanah gambut. Oleh itu, mereka seharusnya membenarkan ekonomi berfungsi dan tidak terlalu keras.

''Kami perihatin dan komited terhadap perubahan iklim dan buat kami, beberapa persefahaman dan perundingan. Bukan hak satu kawasan untuk memaksa kami mengikut kehendak mereka, kami merasakan ia tidak adil dan membantutkan kemajuan dan pembangunan ekonomi kami,'' kata Anwar

Ahli Parlimen Tambun itu juga menyuarakan minat Petronas untuk mengembangkan eksport Gas Asli Cecair (LNG) ke Jerman, memandangkan bekalan gas ke Eropah telah terjejas akibat perang antara Rusia dan Ukraine – terutamanya selepas Moscow memutuskan untuk memotong bekalan ke rantau itu.

Perkara lain yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin tersebut termasuk Islamofobia yang semakin meningkat di bahagian tertentu di Eropah, konflik Rusia-Ukraine, serta lebih banyak pelaburan dan pembangunan di Malaysia.

Presiden Steinmeier kemudian mengulangi komitmen syarikat Jerman dalam pelaburan di negara ini, apatah lagi 700 syarikat Jerman menawarkan pekerjaan sekitar 65,000 kepada rakyat Malaysia.

''Kita mahu mengeratkan hubungan kerana pada hari ini kita berkongsi perkara yang sama. Kedua-dua negara melaksanakan demokrasi, kita berkongsi komitmen untuk membendung perubahan iklim, undang-undang antarabangsa serta perdagangan bebas dan adil.

“Malaysia adalah rakan dagang yang besar bagi Jerman, yang terbesar di Asia Tenggara manakala Jerman adalah rakan dagang terbesar Malaysia di EU,” katanya.

Beliau kemudiannya mencadangkan agar Malaysia menumpukan kepada pembangunan latihan vokasional dalam kalangan belia.

''Saya telah menyentuh mengenai syarikat dan pelaburan Jerman. Kami telah melawat syarikat berteknologi tinggi yang menghasilkan semikonduktor, bekalan perubatan tetapi itu tidak mencukupi.

''Apa yang meyakinkan saya ialah aspek latihan vokasional, saya bertemu dengan golongan belia dan mereka menyatakan akan perlunya untuk mempergiatkan latihan vokasional di Malaysia,” kata Steinmeier. - The Vibes, 17 Februari  2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 10 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad