web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mewajibkan Bayaran Elaun Akan Buatkan Majikan Sektor Swasta Keberatan Mengambil Pelatih - MEF

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 1:43PM

MEF berpandangan bahawa majikan harus membayar elaun latihan mengikut budi bicara mereka - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan untuk mewajibkan pembayaran elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri di sektor swasta akan membuatkan majikan dalam sektor ini merasa keberatan untuk menawarkan latihan kepada mereka, kata Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF).

Presidennya Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman dalam kenyataan hari ini berkata daripada mewajibkan majikan membayar elaun latihan amali, kerajaan sebaliknya harus memberi pertimbangan untuk memberi lebih banyak insentif kepada majikan bagi mengambil lebih ramai pelatih, dan kemudiannya boleh mewajibkan semua pelajar menjalani latihan amali (internship) berkenaan.

Beliau berkata latihan amali ialah peluang untuk pelajar atau graduan baharu memperoleh pengalaman industri berharga yang akan membantu dalam memudahkan mereka mendapat pekerjaan.

“MEF berpandangan bahawa majikan harus membayar elaun latihan mengikut budi bicara mereka. Majikan yang mengambil pelatih dinasihatkan untuk membayar sedikit elaun kepada pelatih berkenaan, dan bayaran itu perlu mengambil kira peningkatan kos sara hidup yang dihadapi mereka.

"Kenyataan secara umum bahawa pihak industri tidak memberi elaun kepada pelatih, adalah tidak adil kepada majikan," katanya.

Ketika ini syarikat-syarikat swasta yang mengambil pelatih untuk menjalani latihan industri membayar elaun mengikut budi bicara mereka, dengan purata elaun di bandar-bandar besar untuk pelatih adalah kira-kira RM1,200, tetapi ada juga pelatih yang diberi elaun kurang daripada RM1,000 sebulan.

Pada masa yang sama, ada juga beberapa syarikat besar membayar lebih tinggi daripada RM1,200 sebulan.

Syed Hussain berkata sebenarnya majikan perlu melaksanakan begitu banyak perancangan bagi memastikan pengetahuan dan kemahiran dapat dipindahkan kepada pelatih.

"Apa yang industri lakukan untuk pelatih seharusnya dihargai, dan pihak berkepentingan perlu berterima kasih kepada usaha yang dilakukan oleh industri ini," katanya.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh sebelum ini dilaporkan berkata cadangan untuk mewajibkan pembayaran elaun kepada pelajar yang menjalani latihan industri di sektor swasta seperti yang dilakukan di sektor awam, akan dibawa ke Kabinet untuk diberi pertimbangan.

Beliau berkata Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia perlu membincangkan kebaikan dan keburukan melaksanakan cadangan itu. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad