web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belanjawan 2023: KPT Harap Kerajaan Peruntuk Jumlah Besar Realisasikan Pelan Pendigitalan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 11:40AM

Abdul Razak Jaafar berkata jika pendigitalan diletakkan sebagai fokus utama dalam sektor pendidikan tinggi, ia memerlukan kerjasama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berharap kerajaan boleh memperuntukkan sejumlah nilai yang besar dalam Belanjawan 2023 untuk merealisasikan pelan pendigitalan kementerian itu.

Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Abdul Razak Jaafar berkata jika pendigitalan diletakkan sebagai fokus utama dalam sektor pendidikan tinggi, ia memerlukan kerjasama Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan.

“Kedua-kedua kementerian perlu bersama berganding bahu dengan KPT untuk menjayakan hasrat dan cita-cita Menteri Pendidikan,” katanya ketika menjadi tetamu dalam rancangan Ruang Bicara Wacana Akademia Bernama TV bagi topik Kepimpinan Institusi Pendidikan Tinggi: Aspirasi dan Cabaran Semasa, yang turut dihadiri Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) Prof Datuk Dr Nasrudin Mohammed, di sini, baru-baru ini.

Pada 30 Januari lepas, Menteri KPT Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Amanat Tahun Baharu 2023 berkata pelan pendigitalan KPT sedia ada akan dilonjakkan dengan memfokuskan kepada pendigitalan total dalam semua aspek pengurusan, pendidikan, pembelajaran dan perkhidmatannya.

Jelas Abdul Razak lagi, di peringkat KPT, pelan pendigitalan juga merupakan perkara penting yang sedang dirangka untuk Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

“Sekarang ini dalam proses kajian separuh penggal (pendigitalan), kami diminta untuk melihat semula sasaran yang telah ditetapkan dan menteri telah menyasarkan supaya pendigitalan merupakan salah satu target di bawah Kementerian Pendidikan untuk masa hadapan.

“Ini akan diterjemahkan dalam bentuk bajet ataupun peruntukan yang akan kita mohon dalam rolling plan ketiga, keempat dan mungkin melangkau RMK-13,” katanya.

Sementara itu KPT juga mengambil kira permodenan teknologi dan komunikasi maklumat untuk mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

“Apabila kita dilanda COVID-19, saya rasa banyak aktiviti terhenti, jadi ketika itu kita tidak boleh beroperasi seperti biasa. Dalam keadaan new normal, maknanya perubahan kepada kaedah pembelajaran dan pengajaran itu perlu diterimapakai.

“Namun kini fasa endemik, iaitu post COVID-19 kita balik semula, pelajar-pelajar tidak berada di rumah dan kembali semula secara 100 peratus ke kampus. Jadi perlu ada kaedah pembelajaran dan pengajaran digitalisasi,” katanya.

Sementara itu Nasrudin ketika mengulas mengenai topik Kepimpinan Institusi Pendidikan Tinggi: Aspirasi dan Cabaran Semasa berkata fungsi dan peranan utama AKEPT adalah berteraskan mengurusan bakat terbaik di sektor pendidikan tinggi termasuk aspek pengenalpastian, pemprofilan, pembangunan dan pemantauan bakal-bakal kepimpinan pendidikan tinggi.

“Ini memberikan tumpuan untuk AKEPT mewujudkan program-program bitara atau signature programs yang bukan sahaja tertumpu kepada kepemimpinan universiti awam, termasuk juga ahli lembaga pengarah universiti serta diperkembangkan kepada universiti swasta.

“Selain daripada itu, AKEPT perlu dimartabatkan sebagai Pusat Kecemerlangan atau Center of Excellence bagi kepimpinan pendidikan tinggi bukan sahaja di negara ini, malah di rantau ASEAN,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad