web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerja Naik Taraf, Sistem Percukaian LHDN Alami Gangguan Mulai Malam Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 11:40AM

Jurucakap LHDN berkata, gangguan tersebut berpunca daripada pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf komponen elektrikal - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gangguan sistem percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan berlaku bermula hari ini hingga Ahad.

Jurucakap LHDN berkata, gangguan tersebut berpunca daripada pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf komponen elektrikal.

Menurut beliau, ia mencakupi capaian sistem LHDN termasuk semua perkhidmatan atas talian yang menggunakan aplikasi MyTax dan mobile.

“Gangguan akan bermula jam 10 malam ini hingga 6 pagi pada Ahad.

“Gangguan di kaunter LHDN di Pusat Transformasi Bandar (UTC) pula hanya akan berlaku esok,” katanya.

Jurucakap itu memberitahu, pembayar cukai bagaimanapun masih boleh memperoleh segala maklumat diperlukan melalui laman web https://www.hasil.gov.my/ iaitu portal rasmi LHDN.

“Kami memohon maaf kepada semua pembayar cukai atas masalah ini.

“Kerja menaik taraf ini adalah untuk memberi nilai tambah kepada perkhidmatan percukaian,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurkan maklum balas atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara), atau LHDN Live chat.

Mereka juga boleh berbuat demikian dengan melayari pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/. - Getaran, 17 Februari 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam