web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Nafi Tidak Boleh Buat Laporan, Pondok Polis Sudah Ditutup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2023 10:03AM

ACP Amihizam Abdul Shukor - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menafikan dakwaan seorang lelaki bahawa terdapat mangsa kemalangan di Bukit Damansara tidak dibenarkan membuat laporan polis di sebuah balai di situ.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata pihaknya mengesan satu ciapan dimuat naik pada 9.58 malam tadi menggunakan akaun Twitter dikenali sebagai @ManiamMKM.

Pengguna Twitter itu mendakwa terdapat satu kemalangan berlaku di kawasan Bukit Damansara dan mangsa tidak dibenarkan membuat laporan di ‘Balai Bukit Damansara’ serta diminta untuk pergi ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail atau Ibu Pejabat Polis Daerah.

Amihizam berkata hasil siasatan mendapati ‘Balai Bukit Damansara’ yang dimaksudkan adalah Pondok Polis Komuniti di Bukit Damansara yang telah ditutup sejak 2010 dan tidak beroperasi lagi.

"Pondok berkenaan telah diambil alih Syarikat Kawalan Keselamatan Sri Lara pada 2011. Ciapan itu satu fitnah dan polis akan membuat satu laporan berkaitan kes itu.

“Kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Justeru, Amihizam menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di laman sosial tanpa sumber yang sahih dan tepat daripada polis. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad