web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Muhyiddin Gesa Kerajaan Pertimbang Pengeluaran KWSP, ‘Itu Duit Rakyat’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2023 3:30PM

Tegas Muhyiddin, tiada salahnya kerajaan mempertimbangkan sekali lagi pengeluaran KWSP secara bersasar jika ia adalah kehendak rakyat untuk membantu meringankan beban mereka di kala susah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan untuk mempertimbangkan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, sesebuah negara majmuk tidak akan makmur jika kaum majoriti berada dalam kelompok miskin dan berpendapatan rendah.

Menurut beliau, ia akan mengakibatkan jurang antara golongan kaya dengan miskin semakin melebar jika tidak ditangani dengan baik.

Pada masa sama, Muhyiddin turut mengingatkan tugas hakiki sebuah kerajaan adalah memelihara kebajikan rakyat dan memajukan ekonomi negara.

“Apalah salahnya kalau kerajaan mempertimbangkan sekali lagi pengeluaran KWSP secara bersasar jika ia adalah kehendak rakyat untuk membantu meringankan beban mereka di kala susah.

“Bukan duit kerajaan, duit rakyat,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.

Mantan Perdana Menteri itu berkata, kerajaan juga perlu mempertimbangkan untuk membenarkan moratorium kepada peminjam bank secara bersasar bagi tempoh tertentu.

Jelas beliau, ia akan dapat membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan inflasi dan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

“Bank terus membuat keuntungan walaupun ketika negara berhadapan dengan krisis COVID-19 yang lalu, apalah salahnya jika bank turut sekali lagi membantu rakyat dengan melaksanakan semula moratorium bayaran balik pinjaman secara bersasar.

“Kerajaan tak payah keluarkan sesen pun,” katanya. - Getaran, 15 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad