web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seorang Lagi Wanita Berseluar Pendek Dihalang Masuk Premis, Kali Ini Di Hospital

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 9:39PM

Wanita berusia 21 tahun itu yang dihalang masuk kakitangan hospital berkenaan ketika dia dibawa ke jabatan kecemasan, susulan sakit perut teruk - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ketika kes seorang wanita dihalang masuk ke balai polis untuk membuat laporan kerana pakaian tidak mengikut etika ditetapkan hangat diperkatakan baru-baru ini, timbul pula kejadian sama namun membabitkan seorang individu berseluar pendek tidak dibenarkan mendapatkan perkhidmatan di Hospital Kampar, Perak.

Kejadian itu dilaporkan akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau, selepas bercakap dengan rakan wanita berusia 21 tahun itu yang dihalang masuk kakitangan hospital berkenaan ketika dia dibawa ke jabatan kecemasan, susulan sakit perut teruk.

Memetik kenyataan individu dikenali Damian Chen itu, dia dan teman lelaki wanita terbabit membawanya ke bilik kecemasan Hospital Kampar, sebelum dihalang seorang pembantu perubatan.

Katanya, wanita terbabit sudah mengisi maklumat diri di kaunter pendaftaran apabila seorang pembantu perubatan didakwa berkata adalah ‘tidak sopan'’ dia berpakaian seluar pendek dan menyuruhnya menukar kepada seluar panjang.

Dia berkata, apabila lelaki itu tidak bersetuju dengan permintaan terbabit, mereka dimarahi kerana ‘berkasar’, selain dimaklumkan ia adalah peraturan hospital.

Malah, lelaki itu ada memberitahu bahawa mereka bertiga baru sahaja datang dari bermain badminton.

Susulan halangan itu, katanya, mereka memandu pulang ke asrama universiti dan kembali dengan seluar panjang untuk dipakai wanita terbabit, sebelum diberi rawatan perubatan.

Wanita berkenaan dan teman lelakinya kemudian mengambil nama pembantu perubatan tersebut, sebelum menghantar emel ke hospital sebagai aduan.

Selepas insiden terbabit tular di media sosial, Exco Perak, A Sivanesan mengesahkannya hari ini dan berkata, ia berlaku Ahad lalu pada jam 11 malam.

Menerusi kenyataannya yang dipetik daripada laporan akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times (NST) beliau berkata, pihakya akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada kedua-dua pihak terlibat.

“Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya tahu pakaian yang sesuai untuk pergi ke tempat tertentu. Tetapi untuk kes kecemasan, tidak kira pakaian apa yang orang pakai, janganlah marah,” katanya.

Awal bulan ini, seorang wanita dinafikan masuk ke balai polis Kajang, Selangor apabila dia ingin membuat laporan berhubung kemalangan.

Ia kerana dia memakai seluar pendek Bermuda paras lutut, sebelum diminta menukar pakaian dengan mengenakan seluar panjang sekiranya ingin membuat urusan itu.

Selepas kejadian terbabit tular dan mendapat bantahan orang ramai, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani berkata, balai polis dianggap sebagai pejabat kerajaan dan perlu mengikut pekeliling rasmi yang menetapkan kod pakaian di agensi awam itu.

Bagaimanapun, tambahnya, ketua balai polis juga boleh menggunakan budi bicara mereka ketika berdepan kes kecemasan.

Terdapat perdebatan mengenai perkara itu, dengan peguam meminta kenyataan dasar jelas (clear policy statement) kerana pekeliling kerajaan mengenai kod pakaian bercanggah dengan jawapan Parlimen pada 2015 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Azalina Othman yang menegaskan, kod pakaian kerajaan hanya terpakai kepada penjawat awam. – The Vibes, 14 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Hospital Lambang Sebenar Perpaduan - Annuar

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Balai Polis Beroperasi Seperti Biasa Walau Pintu Pagar Tutup - KPN

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pintu Pagar Balai Polis Tutup Lepas 10 Malam Susulan Insiden Ulu Tiram – Saifuddin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 3 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad